suria

Hubungan dengan pengurus ‘complicated’, Nadeera Zaini lantik wakil kedua urus karier seni

Nadeera sudah melantik pengurus baharu untuk menguruskan kerjaya seninya.

PENYANYI Nadeera Zaini memberitahu sudah melantik pengurus baharu bagi membantu menguruskan karier seninya.

Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, bagaimanapun memberitahu pengurus lamanya dikenali sebagai Zizi Hadid masih bersamanya namun hubungan mereka ketika ini disifatkan sebagai rumit.

Masalah itu juga kata Nadeera membuatkan dia mengambil keputusan mengupah seorang lagi pengurus dikenali sebagai Acap.

"Saya masih bersama pengurus yang sama (Zizi).

nadeera1 - 1

Persembahan Nadeera di Konsert Patah Hati 2.0 mendapat sambutan hangat peminat.

"Sebenarnya hubungan kami agak complicated. Sekarang saya ada pengurus baru iaitu Acap untuk sebarang urusan," katanya kepada mStar.

Pelantun lagu Emas itu memaklumkan perkara tersebut ketika sidang media selepas Konsert Patah Hati 2.0 yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Nadeera memberitahu dia belum bersedia untuk menjelaskan tentang keputusannya mengupah dua orang pengurus bagi membantu melancarkan perjalanan karier seninya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penata gaya fitnah pengurus larikan duit, Nadeera buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: "Mungkin pipi nampak kecil sikit" - Nadeera Zaini tak 'buat muka', wajah berubah sebab berat badan turun

"Ya saya masih belum bersedia nak kongsi perkara itu.

"Sekarang ini hanya perlu hubungi nombor telefon yang tertera di Instagram untuk sebarang jemputan atau persembahan," ujarnya.

Sebelum ini terdapat dakwaan apabila seorang penata gaya secara terbuka mendakwa Zizi sebagai seorang yang tidak amanah termasuk melarikan duit bayaran persembahan.

Bagaimanapun, Nadeera menafikan perkara itu dan tampil membuat laporan polis terhadap individu berkenaan susulan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dia dan pengurusnya.

Sebenarnya hubungan kami agak complicated.

NADEERA ZAINI

PENYANYI

Nadeera juga menegaskan mereka bekerja secara profesional dan tidak pernah berlaku sebarang masalah seperti mana yang menjadi bualan sebelum ini.

Dalam pada itu, bercerita berkenaan konsert Patah Hati yang menghimpunkan 2,000 penonton, Nadeera mengakui dia berasa sebak dan sedikit emosi sehingga menitiskan air mata kerana penonton memberikan sokongan positif.

"Sebelum ini dekat Big Stage orang kecam saya dan tadi saya dapat banyak sokongan daripada peminat, beri kata positif membuatkan saya terharu dan sedikit emosi," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Projek Ahmad Faizal Zulkipli pula mengakui konsert yang dianjurkan buat kali kedua itu tidak mendapat sambutan memberansangkan berbanding edisi pertama.

nadeera2 - 1

Karier Nadeera kini diuruskan oleh pengurus keduanya dikenali sebagai Acap.

Menurut Ahmad Faizal pelbagai faktor menyebabkan perkara itu berlaku termasuk terlalu banyak konsert berlangsung pada waktu yang berdekatan.

"Kalau masa Patah Hati 1.0 Mac lalu, ia diadakan semasa cuti sekolah dan selepas peperiksaan. Ketika itu juga selepas pandemik, jadi masih belum banyak konsert yang dianjurkan.

"Konsert yang banyak di hujung tahun ini juga tidak dinafikan sedikit sebanyak beri faktor," ujarnya.

Konsert Patah Hati 2.0 yang berlangsung pukul 9 malam itu turut menampilkan Ernie Zakri, Syamel, Neeta, Ismail Izzani, Aisha Retno dan Naim Daniel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain