suria

Rasa bertuah nama disebut dalam gurauan, Aina Abdul lebih ralat tak dapat ke konsert M. Nasir

Aina berbalas gurauan dengan M Nasir.

PENYANYI Aina Abdul meluahkan rasa ralat apabila tidak dapat menghadiri konsert Datuk M. Nasir yang berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu lalu.

Ia susulan konsert solonya iaitu A Night With Aina Abdul turut berlangsung pada hari sama di Axiata Arena, Bukit Jalil.

aina 2

Aina kongsi semula gurauan M. Nasir.

Luahan kecewa itu dibuat Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, sebagai respon kepada gurauan M. Nasir yang bertanya kepada penonton sama ada mereka tidak menyesal tidak ke konsert penyanyi berkenaan.

"Saya yang rasa ralat tak pergi konsert Datuk. Terima kasih sebab ingat saya, Datuk. Saya sangat bangga dan bertuah," katanya.

Aina berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya selain mengulang siar rakaman gurauan M. Nasir bersama penonton yang hadir ke Konsert Gendang Pati Live In Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Sisi lucu M. Nasir buat konsert ‘Gendang Pati’ istimewa, kumpulan koir Sam Tet Voice curi perhatian penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Busana ‘Queen of Gold‘ berharga RM120,000, Ezuwan Ismail beli fabrik emas di luar negara khas buat Aina Abdul

"Apa khabar semua? Betul ini tak menyesal tak pergi konsert Aina Abdul? Saya pun dah siapkan pakaian," katanya sambil menunjukkan busana hijau yang digayakan pada malam tersebut.

Menerusi video tersebut, gurauan M. Nasir turut disambut dengan gelak ketawa penonton yang hadir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain