suria

Bunga Isme lali kena kecam, sejak kecil dididik jadi manusia kuat

Bunga enggan mengambil pusing kata-kata yang dilemparkan netizen.

PENYANYI Bunga Isme sudah lali dengan kecaman selain berdepan dugaan susulan kemunculannya sebagai artis pembukaan di konsert kumpulan Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Rabu lalu mendapat kritikan netizen.

Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, berkata, dia mampu berdepan apa sahaja dugaan kerana sejak kecil sudah dididik oleh ibunya untuk menjadi seorang manusia yang kuat.

Malah kata penyanyi lagu Intan Payung itu, ibunya juga adalah tulang belakang yang banyak memberikan sokongan terhadap karier seninya.

"Sejak kecil lagi Mama tidak pernah berhenti memberikan yang terbaik kepada 11 orang anaknya.

Ibu menjadi orang kuat yang memberikan sokongan terhadap kerjaya seni Bunga.

Ibu menjadi orang kuat yang memberikan sokongan terhadap kerjaya seni Bunga.

"Menjadikan kami orang berguna, orang yang tahu asal usul, yang tahu siapa nilai diri kami. Susah senang, hinaan yang dibaling bertubi-tubi telah pun kami telah lalui dan sudah lali.

"Ia menjadikan kami lebih kuat, kuat seperti Mama. Pencapaian sejauh ini hanya kerana sokongan daripada Mama yang tidak pernah berhenti untuk saya," ujarnya.

Bunga berkongsi mengenai perkara itu dipercayai sebagai respon terhadap segelintir netizen yang masih lagi mempertikaikan kredibilitinya apabila dipilih sebagai artis jemputan konsert Coldplay.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Isme sedar diri, lapang dada dianggap tak layak jadi penyanyi pembukaan konsert Coldplay

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun bercinta, keluarga kekasih sudah datang merisik Bunga Isme... Akui belum sedia kahwin

Ramai beranggapan pemilihan Bunga tidak sesuai memandangan penyanyi itu masih baharu dan kurang pengalaman.

Bercerita mengenai kepayahan mengejar impian, Bungan memberitahu seawal usia 12 tahun dia sudah menyimpan impian bergelar seorang penyanyi dan minatnya itu turut mendapat sokongan ibunya.

Menurut Bunga, ibunya bersungguh-sungguh menghantar dia ke sesi uji bakat program realiti Idola Kecil, namun reda tidak dipilih kerana menganggap rezeki lebih besar menantinya selepas itu.

Bunga bercita-cita menjadi penyanyi sejak kecil lagi.

Bunga bercita-cita menjadi penyanyi sejak kecil lagi.

"Pada usia 12 tahun, saya bercita-cita mahu menjadi penyanyi. Mama hantar saya ke sesi uji bakat Idola Kecil.

"Kami bayar bilik karaoke Alamanda Putrajaya untuk berlatih lagu uji bakat iaitu Muka Buku nyanyian Najwa Latif. Tapi tiada rezeki untuk ke peringkat seterusnya.

"Rupanya hari itu merupakan titik permulaan seorang Bunga, yang berjaya melalui pentas-pentas lain seperti U Try Rap Please, 16 Baris, Anugerah Juara Lagu sehingga ke pentas Coldplay sebagai pembuka acara," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain