suria

Hubungan Shila dan Syahir semakin akrab sejak Famili Duo 3, bangga pencapaian adik keluar daripada zon selesa

Shila percaya Syahir telah keluar dari zon selesanya.

PENYANYI Shila Amzah tidak melatah apabila menerima kritikan pedas juri berhubung kemampuan adiknya iaitu Amir Syahir sepanjang melakukan persembahan di Famili Duo musim ketiga (FD3).

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, berkata, tujuan asal dia menyertai FD3 adalah untuk mengeratkan hubungan bersama adik lelakinya itu yang disifatkan sebagai tercapai.

Malah dia menganggap persembahan yang diberikan Syahir selama enam minggu di FD3 merupakan satu pencapaian baharu buat adiknya.

“Motif utama kami ke FD adalah untuk bonding adik-beradik dan melakar sejarah bersama-sama membuat persembahan di pentas FD.

Photo 2023-11-19 21.48.27

Syahir banyak tunjukkan kemajuan sejak menyertai FD3.

"Saya yakin Syahir telah berjaya mengeluarkan diri dari zon selamat dan mencapai satu keyakinan baru untuk berhadapan dengan khalayak," katanya.

Kata Shila, menerusi FD3 juga mereka semakin mengenali satu sama lain malah setiap pengalaman mengeratkan lagi hubungan di antara mereka.

"Kami juga dapat menemui banyak benda baru dan lebih mengenali satu sama lain melalui pengalaman kami di FD ini," kongsinya.

Tidak pernah patah semangat dengan setiap komen juri, Shila memberitahu mereka sentiasa memberikan yang terbaik dalam persembahan setiap minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah puas dapat komen pedas, Shila dan Syahir kembali bangkit di FD3... Persembahan minggu ke-6 dapat markah penuh

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu mahu pengsan... Ajai anggap nyanyian bukan untuk Syahir, Shila pula terlalu sayangkan adik

Bahkan untuk minggu ketujuh ini mereka juga sudah bersedia dengan tarian yang pastinya memikat hati penonton dan juri.

“Alhamdulillah kami sentiasa cuba yang terbaik untuk setiap tema yang dipilih. Kami tak pernah putus asa bahkan lebih bersemangat untuk enjoy dan berikan yang terbaik.

"Sudah tentu mengikut pada tema, kami akan ada tarian yang kami mahu tonjolkan," ujarnya.

Pada minggu kelima pertandingan FD3, dua beradik ini menerima kritikan hebat apabila kedua-dua juri tetap berpendapat nyanyian bukan bidang yang Syahir.

Shila anggap Syahir sudah berikan yang terbaik sepanjang enam minggu.

Shila dan Syahir tak pernah putus asa dengan komen juri.

Malah juri sepakat Shila terlalu sayangkan adiknya sehingga rela menghasilkan persembahan yang teruk.

Bagaimanapun dua beradik ini kembali bangkit pada minggku keenam sekali gus berjaya mendapat markah penuh daripada kedua-dua juri.

Selain Shila dan Syahir, FD3 turut disertai Sharif dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Tom dan Fuad, Emma dan Adira Suhaimi serta Adam dan Ryan Bakery.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain