PENYANYI dan komposer Amylea Azizan mendedahkan sudah bergelar isteri kepada seorang anggota bomba asal Singapura. Majlis pernikahan Amylea dan suami iaitu Mohammad Aqbar Mohamad atau Ash, 40, berlangsung di kediaman keluarganya di Kedah namun memilih merahsiakan tarikh sebenar mereka disatukan sebagai suami isteri. Bersyukur sudah bergelar isteri, Amylea, 37, memberitahu dia juga tidak menyangka perkenalan dalam tempoh singkat membawa mereka ke fasa seterusnya. "Dalam fikiran saya yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, tiba-tiba kini sudah bergelar isteri. Amylea tidak menyangka percintaan singkat bersama Ash berakhir dengan perkahwinan. "Perkenalan saya dengan Ash pun melalui media sosial sejak beberapa bulan lalu. Bila dah selesa berkawan, Ash terus melamar saya. "Selepas berdoa dan buat solat istikharah, ada petanda baik yang berlaku... Kemudian dia terus berjumpa keluarga saya. Alhamdulillah, saya tak pernah setenang ini sejak Ash hadir dalam hidup saya," katanya menerusi satu kenyataan kepada media pada Isnin. Pada majlis pernikahan itu, Amylea menerima mas kahwin berupa senaskah al-Quran dan telekung serta hantaran berjumlah RM8,888. ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang orang muda ramai sakit, Atikah Suhaime buat ‘content’ menu sihat sebagai panduan... katanya diet bukan untuk kurus ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nik Iruwan cinta pertama Nabila Razali, pilih tema tradisional Jawa sebagai penghormatan kepada bapa Pasangan ini juga akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada 27 Januari tahun depan. Istimewa sempena hari bahagianya itu, Amylea turut tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran yang didedikasikan buat Ash. "Lagu ini berkisarkan kedegilan hati saya yang merasakan hidup ini seperti sudah berakhir. Panji Putih itu diibaratkan seperti saya mengalah (bendera putih). "Manakala Pangeran pula sebagai tanda Ash sebagai orang barisan hadapan yang kerjanya saya hormat dan pandang tinggi," ujarnya. Amylea memberitahu akan mengadakan majlis resepsi tahun depan. Sementara itu pasangan ini terpaksa melalui fasa hidup pasangn jarak jauh disebabkan tuntutan kerja Ash sebagai anggota beruniform di negara kelahirannya itu. Bagi Ash sebagai suami, dia sendiri akan berusaha agar mereka dapat tinggal bersama. "Amylea faham dengan situasi ini dan kami sedang mencari jalan bagaimana untuk tinggal sekali. "Hubungan ini berlaku terlalu pantas. Saya jugak tidak sangka perkenalan singkat kami ini diakhiri dengan penyatuan cinta yang indah. Kami just go with the flow," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!