suria

Tom sudah kehabisan tenaga, ada rasa bersalah terhadap suami... Mahu fokus kehamilan selepas tersingkir Famili Duo 3

Tom dan Fuad tersingkir di peringkat separuh akhir FD3.

PENYANYI Tom akhirnya dapat berehat serta memberi fokus kepada kandungannya yang sudah mencecah usia tujuh bulan selepas gagal mara ke final Famili Duo musim ketiga (FD3) Ahad depan.

Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata, walaupun sering memberitahu dia seorang yang kuat namun jauh di sudut hati dia penat dan tidak berdaya meneruskan pertandingan berkenaan.

Kata Tom, dia menganggap dia dan suami iaitu Fuad Rahman tersingkir sebagai hikmah dan boleh memberi fokus kepada kesihatan dan kandungan.

tom2 - 1

Tom mahu beri fokus pada kandungan.

"Saya sudah penat dalam keadaan sedang hamil tujuh bulan... Mungkin sebelum ini saya beritahu saya seorang yang kuat tapi sebenarnya saya sudah kehabisan tenaga.

"Emosi saya tidak stabil, rasa tidak selesa sebab mungkin hamil anak perempuan. Tiada rezeki ke final mungkin Allah mahu saya berehat," katanya kepada mStar.

Tom berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert separuh akhir FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi Tom tidak stabil, mudah menangis... Fuad dedah punca isteri kongsi video menitis air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Fuad Rahman 'buang' maruah penyanyi rock demi Tom, enggan isteri banyak gerak di atas pentas FD3

Dalam pada itu, Tom berkata, timbul rasa kesal dalam diri kerana sedar Fuad sudah melakukan yang terbaik namun keadaaannya menjadi punca mereka terkandas dalam pertandingan tersebut.

"Saya memang sentiasa all out dan pada malam (Ahad) ini juga sepatutnya saya perlu melompat untuk membuat persembahan tetapi Fuad tidak beri kerana bimbang dengan keadaan saya.

Mungkin sebelum ini saya pernah beritahu yang saya kuat tetapi sebenarnya saya sangat penat.

TOM

PENYANYI

"Saya rasa seperti kami sudah buat yang terbaik untuk masuk final tetapi kami tidak dapat meneruskan perjuangan.

"Saya tahu Fuad dah all out namun disebabkan keadaan diri saya (hamil), saya tak dapat beri sepenuhnya dan merasakan diri saya sebagai penyebab untuk kami tidak layak ke final," ujarnya.

tom1 - 1

Tom masih lincah membuat persembahan.

Pada malam Ahad, Tom dan Fuad bersama Shila Amzah dan Syahir Amzah serta Ryan dan Adam Bakery diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di peringkat separuh akhir FD3.

Manakala tiga lagi pasangan yang mara ke peringkat akhir adalah Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Sharif dan Syaiful serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran bakal berentap merebut gelaran juara.

FD3 yang dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam disiarkan setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain