PELAKON Rozita Che Wan menyelar tindakan segelintir netizen yang tidak senang melihat anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana mengenakan solekan pada wajah. Menurut Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 50, anaknya perempuannya berusia sembilan tahun itu sangat menikmati zaman kecilnya dengan cara tersendiri. "Cara hidup setiap orang tak sama, awak enjoy 'cara' awak... Aaisyah enjoy cara dia," katanya. Tema Barbie pilihan Aaisyah pada ulang tahun kesembilan. Che Ta berkongsi perkara itu ketika membalas salah satu komen peminatnya di TikTok selepas video ulang tahun kesembilan Aaisyah menjadi perhatian ramai. Netizen berpendapat Aaisyah tidak dapat menikmati zaman kanak-kanak yang sebenar kerana perlu berpenampilan seperti perempuan dewasa dengan mengenakan solekan tebal. Menerusi video berkenaan dapat dilihat Aaisyah menyambut hari jadi dengan mengenakan baju berwarna merah jambu bertemakan Barbie. ARTIKEL BERKAITAN: “Mummy tahu Safi Rania jer” - Che Ta tergamam Aaisyah sebut jenama skincare antarabangsa, hadiah sempena hari jadi ke-9 ARTIKEL BERKAITAN: Tumbuh gigi berlebihan, Anak Che Ta selamat jalani pembedahan ‘Supernumerary Mesiodens Tooth’ Malah ulang tahun Aaisyah bertambah meriah apabila diserikan dengan sembilan kek bersempena dengan usianya. Sementara itu, Che Ta berkata netizen yang meninggalkan komen negatif sedemikian sebenarnya tidak pernah menikmati keseronokkan zaman kanak-kanak mereka. "Orang yang komenlah kot dia tak enjoy life childhood dia. Aaisyah dapat apa yang dia nak fasal apa dia tak seronok pula! "Dia kawan baik Aaisyah ke macam mana?" ujarnya. Aaisyah merupakan anak Che Ta bersama Zain Saidin. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut turut bersetuju dengan pendapat Che Ta dan memberitahu ia merupakan gaya hidup kanak-kanak T20. "Ini childhood life T20 ya gais. Korang yang main parit main lumpur paya tahu apa. "Ini pun childhood impian saya juga, ramai yang nak zaman kanak-kanak macam inilah. "Saya pon kecil-kecil dulu berangan nak gini hari-hari rembat heels berangan jadi princess," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!