suria

Siti Nordiana dakwa ada rakan artis jauhkan diri selepas ‘live’ 5 sekawan

Nana menjawab soalan secara bertaip ketika prosiding di mahkamah.

PENYANYI Siti Nordiana Alias mendakwa ada artis mula menjauhkan diri selepas sesi siaran langsung lima sekawan yang dilakukan di Instagram pada Julai 2021.

Perkara itu didedahkan oleh Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 39, ketika disoal peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili defendan pertama, kedua dan ketiga.

Nana dalam jawapannya bagaimanapun berkata dia tidak boleh mendedahkan nama-nama artis itu.

nana pa

Nana masih belum bersuara ketika hadir ke mahkamah.

"Itu saya tak boleh dedahkan nama, ramai saya tak ingat," katanya.

Memandangkan Nana masih belum pulih daripada masalah sakit tekak, dia terpaksa memberikan keterangan dan menjawab soalan secara bertaip ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan itu akan disambung pada 5 Disember depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana hilang suara, doktor pakar nasihat jangan bercakap... Perbicaraan kes saman 5 sekawan ditangguhkan

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana tidak terpalit kontroversi, mudah bekerjasama dengan wartawan dedah bekas editor hiburan

Keputusan itu dibuat hakim selepas melihat keadaan Nana yang masih sukar untuk bercakap dan memberi kenyataan.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

nana1 - 1

Nana terpaksa berkomunikasi menggunakan telefon bimbit.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain