suria

Masih aktif menyanyi, Uchop Ahmad tak hilang kerja keras untuk bayar hutang

Uchop tak pernah putus asa untuk dikenali.

LAMA menyepi sejak menjuarai program Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada tahun 2012, penyanyi Uchop Ahmad memberitahu dirinya masih aktif dalam bidang nyanyian.

Meskipun namanya kurang dikenali, Uchop atau Mohd Yusof Ahmad, 40, berkata dia masih menerima tawaran nyanyian di acara-acara kecil dan persendirian.

"Saya masih ada dalam industri cuma kurang perhatian daripada pihak radio mahupun televisyen. Ada masuk tapi tidak selalu.

uchop1

Uchop terkenal dalam kalangan budak motorsikal.

"Saya sebenarnya terkejut juga bila pergi sesebuah acara ada yang tak kenal saya tapi bila mereka dengar saya menyanyi baru mereka tahu saya ini Uchop Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa.

"Mungkin saya kena lebihkan konten saya menyanyi tapi konten saya memang lebih kepada budak-budak motorsikal sahaja," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai kehidupannya, Uchop berkata dia pernah berdepan dengan kesempitan hidup sehingga terpaksa meminjam wang daripada orang sekeliling.

Justeru itu, Uchop perlu berkerja keras bagi menyara keluarganya dan sama sekali tidak pernah berputus asa untuk terus mencipta nama dalam industri seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucop, Peserta 'Vokal Bukan Sekadar Rupa' Punyai Potensi

ARTIKEL BERKAITAN: Uchop & Mar Ke Final 'Vokal Bukan Sekadar Rupa'

"Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang terasa bila tiada tawaran... memang cukup-cukup makan. Walaupun tak cukup masih lagi boleh bayar sewa rumah. Kadang-kadang ada juga hutang orang yang saya tak bayar.

"Jujur cakap memang ada tapi lambat mana pun saya akan bayar juga. Tapi kena kerja kuat... 200 peratus untuk dapatkan apa yang saya nak," kongsinya.

Mengakui pernah berputus asa dengan industri, Uchop bagaimanapun terus bangkit selepas menerima semangat daripada Datuk Hattan dan Datuk Awie.

"Saya sebenarnya lebih kepada genre rock, mungkin rock agak kebelakang sebab kita masih ada kumpulan Wings, Search... yang legend dan masih wujud.

11111111154

Uchop mengalahkan Marlleyney Fane J.L Paul (Mar) pada Vokal Bukan Sekadar Rupa 2012.

"Saya sebagai orang baharu nak ke sana itu agak susah tapi Alhamdulillah saya berterima kasih kepada Datuk Awie dan Datuk Hattan yang banyak beri semangat kepada saya.

"Sebenarnya ada rasa nak mengalah... beberapa kali juga saya rasa nak balik kampung. Tapi saya jual bakat bukan konten jadi saya nak ketengahkan lagi bakat saya supaya makin dikenali," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga menyimpan hasrat untuk menyertai Gegar Vaganza (GV) sekiranya diberikan peluang.

"Saya pun ada impian juga nak masuk Gegar Vangaza (GV) kalau ada rezeki. Saya rasa itu adalah peluang terakhir dalam karier saya," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain