PENYANYI Awi Rafael kembali mempertaruhkan bakatnya dengan memberi nafas baharu kepada lagu malar segar berjudul Hanya Tuhan Yang Tahu. Awi, 37, berkata lagu yang pernah dibawa oleh kumpulan UNIC itu digubah mengikut susunan muzik dalam versinya sendiri. “Lagu ini adalah sepenuhnya versi dari saya sendiri. Saya turut sertakan kajian dari versi-versi yang pernah disampaikan oleh artis asal. Saya sangat selesa dalam membawakan lagu ini kerana ia sangat unik. Awi mahu namanya sentiasa relevan di dalam industri. "Lagu ini merupakan lagu nasyid yang popular pada zamannya dan saya menganggap ini sebagai cabaran baharu kerana bukan mudah untuk gubah lagu ini dengan susunan muzik yang lebih moden seperti pop rock dan teknik nyanyian yang baharu," katanya. Tambah penyanyi itu, dia juga berasa menghargai setiap nasihat yang diberikan oleh pihak label dan produksi drama kerana ia sangat memudahkannya untuk mencapai hasil akhir lagu tersebut. Menurut Awi lagi, lagu itu juga dipilih oleh pihak Alternate Records dan TV3 untuk menjadi runut bunyi drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah yang bakal bersiaran tidak lama lagi. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lemak Manis’ versi kanak-kanak 2 tahun curi perhatian, rupanya memang penggemar lagu klasik... Selalu karaoke dengan bapa saudara ARTIKEL BERKAITAN: Menangis nyanyi semula lagu Siti Sarah, Aufahanie sedia dibandingkan dengan arwah "Pembikinan lagu ini hanya mengambil masa dua minggu dengan hasil pertolongan dan nasihat daripada pihak label dan produksi drama," ujarnya. Dalam masa sama, Awi berazam untuk terus berkarya supaya generasi muda lebih mengenal lagu evergreen seperti Hanya Tuhan Yang Tahu. Untuk info, drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah mengisahkan tentang hubungan terlarang sehingga menimbulkan ketegangan antara cinta mereka. Antara pelakon yang membintangi watak-watak dalam drama ini adalah adalah Aniq Suhair dan Rita Nadira. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!