suria

Ibnor Riza belum sedar, masih ditidurkan selepas pembedahan di kepala... isteri kongsi perkembangan terkini

Ibnor menjalani pembedahan di kepala.

SELESAI menjalani pembedahan di bahagian kepala pada malam Sabtu, isteri kepada penyanyi Ibnor Riza iaitu Sarimah Sulaiman memaklumkan suaminya itu masih belum sedarkan diri dan sedang ditidurkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor.

Sarimah ketika dihubungi mStar memberitahu Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, sudah hampir sebulan diwadkan di hospital berkenaan bagi menjalani kemoterapi ais iaitu rawatan yang lebih efisen untuk sakit kanser.

Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan tersebut, penyanyi berkenaan mengalami demam yang berlarutan sehingga menyebabkan jangkitan pada otak.

Ibnor dilaporkan masih belum sedar selepas menjalani pembedahan.

Ibnor dilaporkan masih belum sedar selepas menjalani pembedahan.

"Ibnor sebenarnya sudah masuk wad sejak 7 November lalu untuk menjalani kemoterapi ais. Lepas buat rawatan itu dia demam dan melarat tidak surut-surut.

"Dia mengadu sakit kepala teramat sangat. Doktor memberitahu limfoma itu sudah naik sampai ke otak.

"Selepas melakukan CT scan, doktor mendapati serta merta kena buat pembedahan untuk mengeluarkan air di kepala... Pembedahan sudah selesai malam tadi tetapi sehingga kini dia masih belum sedar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza mohon maaf jika ada silap sepanjang 37 tahun bergelar penyanyi, belum mengalah lawan kanser

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Setahun tiada undangan nyanyian akibat kanser, Ibnor Riza jual 3 buah kereta tampung rawatan

Dalam pada itu, Sarimah memberitahu pihak keluarga masih belum menerima sebarang maklum balas berkenaan hasil pembedahan tersebut.

Katanya, Ibnor masih lagi tidak boleh menerima pelawat dan sekiranya penyanyi itu menunjukkan perkembangan lebih baik, barulah mereka sekeluarga dapat melawatnya di hospital.

Dia mengadu sakit kepala teramat sangat. Doktor memberitahu limfoma itu sudah naik sampai ke otak.

SARIMAH SULAIMAN

ISTERI IBNOR RIZA

"Buat masa ini Ibnor tidak boleh menerima pelawat termasuk kaum keluarga. Saya juga belum menerima apa-apa update daripada pihak hospital.

"Kata doktor selepas hari ketiga sekiranya Ibnor sudah boleh bernafas sendiri atau ada perkembangan baik, barulah kami dapat melawatnya," ujarnya.

Sebelum ini, Ibnor menjalani rawatan alternatif di hospital swasta selepas menjalani kemoterapi sebanyak enam kali di hospital kerajaan tetapi masih belum mampu mematikan sel kanser dalam tubuhnya.

Pun begitu, disebabkan kos rawatan yang terlalu tinggi, Sarimah memberitahu doktor di hospital swasta berkenaan mencadangkan Ibnor untuk menjalani kemoterapi ais di HCTM.

"Kos rawatan di hospital swasta memang sangat tinggi dan atas cadangan doktor juga mereka juga menasihatkan untuk melakukan rawatan susulan di HUKM.

Sudah hampir setahun Ibnor bertarung melawan penyakit.

Sudah hampir setahun Ibnor bertarung melawan penyakit.

"Kali ini kami melakukan rawatan kemoterapi ais dan ia adalah perubatan lebih kuat. Selepas melakukan rawatan jnj memang nampak perubahan susut bengkak tetapi disebabkan demam yang berlarutan keadaanya menjadi lebih teruk," katanya.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Dia mendapat tahu tentang kanser itu selepas melakukan pemeriksaan doktor susulan mengalami bengkak pada lehernya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain