suria

Tiada penyingkiran, 8 peserta bersaing di pentas akhir All Stars Gegar Vaganza

Tomok juara mingguan ASGV dan Nana berada di kedudukan tercorot.

TIADA penyingkiran diumumkan pada minggu separuh akhir konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad.

Ini sekali gua menyaksikan kesemua lapan bintang bakal bertanding di pentas akhir ASGV minggu hadapan.

Untuk minggu separuh akhir ini, Siti Nordiana diumumkan berada di kedudukan tercorot.

nana1 - 1

Nana berada di kedudukan terakhir dalam separuh akhir ASGV.

Siti Nordiana atau Nana menyampaikan lagu berjudul Sudah Ku Tahu (nyanian asal Projector Band) dan Hampa Hatiku (Ungu).

Menurut juri, Datuk Syafinaz ada sedikit kesalahan pada nyanyian Nana di atas pentas.

"Untuk malam ini saya suka idea. Tetapi ketika dangdut melodi sedikit off," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana masih tiada suara, fokus kes mahkamah... Latihan konsert ASGV terganggu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ada hikmah tersingkir suku akhir ASGV... Aliff Aziz sudah 3 minggu tahan sakit tekak, bergantung pada antibiotik dan steroid

Sementara itu Tomok yang menyanyikan lagu CINTA dan Bahalol (XPDC) berjaya menduduki tempat pertama pada separuh akhir ASGV.

Victor Victor pula diumumkan sebagai pemenang Anugerah Gegeran Generasi Juara.

Manakala Naqiu membawa pulang Anugerah Bintang Cockoo Paling Gempak.

ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

Konsert akhir ASGV bakal berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, Ahad depan.

Pentas akhir bakal dimeriahkan dengan nyanyian duet penyanyi popular seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Zainal Abidin, Cakra Khan, Armand Maulana dan Aina Abdul.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain