suria

Jadi mangsa foto tak senonoh AI, Mira Filzah minta orang ramai buat report - “Saya sudah cuba tapi tiada hasil”

Mira meminta bantuan orang ramai membuat laporan akaun menyunting fotonya.

MIRA Filzah mungkin dilihat berdiam diri apabila tular foto tidak senonoh miripnya disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) sebelum ini.

Bagaimanapun dalam berdiam diri, Mira, 30, memberitahu sudah berusaha melaporkan akaun tersebut namun TikTok memaklumkan tiada sebarang pelanggaran berlaku.

"Saya ada terima pelbagai mesej berhubung akaun palsu yang guna wajah Mira untuk edit benda tidak senonoh.

"Banyak DM beritahu dan Mira sudah tahu lama dan banyak kali buat laporan, banyak!

Antara foto Mira yang disunting netizen tidak bertanggungjawab.

Antara foto yang disunting mnggunakan wajah Mira.

"Tapi TikTok tolak laporan itu kata tiada sebarang pelanggaran yang berlaku," katanya.

Mira berkongsi mengenai perkara itu menerusi TikTok miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mira meminta bantuan orang ramai untuk melaporkan akaun tersebut sehingga ia disekat oleh TikTok.

Malah kata Mira, dia juga tidak teragak-agak untuk melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Mira Filzah lebar sayap ke Indonesia tercapai, bergandingan dengan Refal Hady dalam filem cinta

ARTIKEL BERAKITAN: “Manisnya dia, iras muka mama la” - Mira Filzah dan suami kongsi foto anak di Instagram

"Kepada pemilik akaun palsu itu, saya mungkin senyap dan tidak banyak bercakap mengenai perkara ini.

"Tapi jangan sampai saya buat laporan dan aduah jenayah siber SKMM. You better stop!," tegasnya.

Sebelum ini kecoh gambar-gambar selebriti tempatan disunting secara melampau sehingga mengaibkan terutamanya dalam kalangan wanita.

Selain Mira, antara selebriti yang turut menjadi mangsa adalah Uqasha Senrose, Puteri Aisyah, Sophia Albarakbah dan Iman Troye.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain