suria

Penampilan belum sempurna, ramai terlupa Maryam masih belajar jadi Muslimah terbaik... Lancar produk khimar buat wanita

Maryam melancarkan produk terbaharunya khimar.

EMPAT tahun bergelar mualaf, personaliti media sosial Maryam You Narae masih lagi belajar menjadi seoang Muslimah yang lebih baik.

Maryam, 31, berkata, dia kecewa apabila terdapat segelintir netizen yang mudah menghakimi penampilannya di media sosial meskipun ramai tahu dia masih baru memeluk Islam.

Kata Maryam, dia terkilan setiap kali membaca komen-komen negatif tentang penampilannya sedangkan masih ramai individu di luar sana yang belum menutup aurat dengan sempurna.

Maryam

Maryam masih belajar menjadi Muslimah lebih baik.

"Apa salah saya sebagai mualaf yang masih belajar tentang Islam ini sering dihukum?

"Bukankah ramai lagi orang Islam di luar sana yang masih belum menutup aurat?," katanya.

Pun begitu, Maryam yang juga merupakan isteri kepada pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim ini memberitahu dia sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk membantu perjalanan hidupnya sebagai mualaf di Malaysia dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu tertarik belajar mengenai Islam selepas lihat Maryam pakai tudung... "Sekarang ini pakaian dia lebih tertutup daripada saya"

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu sibuk kerja punca Maryam keguguran, belum ada rezeki timang anak kedua

Dalam perkembangan lain, Maryam juga baharu sahaja melancarkan produk khimar dengan jenama Maryamnarae.

Jelas personaliti itu, dia mahu melihat lebih ramai wanita di Malaysia memakai khimar dan berkongsi rasa selesa serta dilindungi dalam memakai pakaian berkenaan.

"Dengan wujudnya khimar tersebut, saya berharap usaha itu dapat memberi kebaikan kepada seluruh golongan wanita di dunia.

"Saya juga berharap Maryamnarae juga menjadi asbab rezeki untuk menunaikan umarah di Tanah Suci Makkah bersama keluarga suatu hari nanti," ujarnya.

maryam2 - 1

Maryam memeluk Islam empat tahun lalu.

Untuk rekod, Maryam dilaporkan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Imam Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan pada 11 Julai 2019.

Maryam mendirikan rumah tangga dengan Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, 31, pada 15 Ogos 2019 selepas mengenal hati budi di Korea Selatan.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rina yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain