suria

Peminat bengang Astro Arena bandingkan Piala Malaysia akhir lebih ramai penonton daripada konsert Siti Nurhaliza, Coldplay

Sebanyak 80,550 penonton hadir ke perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung pada malam Jumaat.

PEMINAT Datuk Seri Siti Nurhaliza berang apabila satu ciapan yang cuba membanding-bandingkan jumlah penonton semasa konsert penyanyi itu dan perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada malam Jumaat.

Berdasarkan ciapan dimuat naik akaun X (Twitter) Astro Arena, ia menyatakan penyanyi berusia 44 tahun itu tidak perlu lagi bimbang memandangkan jumlah kehadiran penyokong pada perlawanan berkenaan seramai 80,550 penonton.

Ia sekali gus memintas rekod konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour 2004 dan Music Of The Spheres World Tour oleh kumpulan Coldplay yang berlangsung pada 22 November lalu di stadium sama.

CTDK 1

Hantaran yang buat Astro Arena di laman X.

"Siti Nurhaliza tidak perlu risau, final Piala Malaysia sudah atasi Clodplay," kapsyen ciapan berkenaan.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata meluahkan rasa marah dan menganggap ciapan tersebut tidak wajar dimuat naik.

Malah ada menyifatkan perbandingan yang dibuat tidak adil memandangkan konsert dan perlawanan bola adalah dua perkara berbeza.

"Pelik! saya tidak pula tahu yang bola sepak dan konsert adalah dalam satu kategori yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Rekod diatasi Coldplay, Siti Nurhaliza beri bayangan buat konsert lebih besar sebelum bersara

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tangguh rancangan adakan konsert, terkejut kenyataan Universal Music Group isu Palestin

"Gitulah tunggang nama Siti Nurhaliza demi populariti. Siapa la yang bodoh sangat tidak reti beza konsert dan juga bola.

"Cubalah bezakan harga tiket bola sepak dan juga konsert. Cuba harga sama macam konsert, mesti menggelupur semua," komen peminat yang menggelarkan diri mereka Sitizoners.

Pada 28 November lalu, Siti memberi bayangan akan mengadakan konsert berskala besar setelah rekod jumlah penonton yang dilakar hampir 20 tahun berjaya diatasi Coldplay.

WhatsApp Image 2023-12-09 at 2.51.09 PM

Antara respon peminat Siti terhadap hantaran tersebut.

Menurut Siti, konsert itu berkemungkinan akan dianjurkan sebelum dia bersara daripada dunia seni.

Sebelum ini, media melaporkan konsert Coldplay di SNBJ berjaya menghimpunkan seramai 75,000 penonton.

Ia sekaligus memecah rekod dipegang Siti di lokasi sama yang mengumpulkan seramai 70,000 penonton.

Lebih membanggakan apabila Siti Nurhaliza Fantasia Tour itu merupakan satu-satunya konsert penyanyi tempatan direkodkan dengan kehadiran peminat yang ramai di SNBJ.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain