suria

Sambutan ulang tahun ke-10 bersama Zain Saidin terbantut, Che Ta positif Covid-19

Che Ta disahkan positif Covid-19 pada 8 Disember.

HASRAT pelakon Rozita Che Wan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 11 Disember ini terbantut selepas dia disahkan positif Covid-19.

Walaupun semua persiapan sudah dibuat, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memilih membatalkan acara tersebut kerana bimbang akan menyebarkan virus kepada tetamu.

"Ikutkan semua persiapan nak raikan ulang tahun perkahwinan sudah siap termasuk jemputan, lokasi majlis, solekan, busana sudah diatur.

nnn

Che Ta dan Zain Saidin terpaksa tunda majlis ulang tahun perkahwinan ke-11 mereka.

"Tapi apakan daya, pada 8 Disember lalu saya melakukan ujian kendiri Covid-19 dan keputusannya positif... Nampaknya gelombang baru virus ini datang lagi.

"Saya pun tak mahu risikokan diri, keluarga dan tetamu pada majlis itu nanti. Jadi lebih baik ditunda terlebih dahulu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rozita memberitahu ketika ini dia menjalani kuarantin di rumah selain keadaannya sedikit lemah kesan jangkitan Covid-19.

Kata Rozita, selain gangguan tidur, dia juga mengalami sakit kepala kronik dan batuk tanpa henti.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan usia 50 tahun paling bermakna, Rozita Che Wan akhirnya pindah masuk banglo mewah RM10 juta

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Che Ta tak boleh kawal marah, bengang pengacara tua hina anak perempuan tidak elok

"Pagi tadi saya buat lagi ujian kendiri dan masih positif. Harap semua akan baik-baik sahaja selepas ini," katanya.

Rozita turut berpesan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati memandangkan virus tersebut kembali menular.

"Jadi kita jangan ambil mudah perihal virus ini yang belum lagi ‘nyah’ dalam hidup kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rozita baru sahaja selesai menjalani penggambaran program masakan Cuit Cuit CheTa musim ketiga yang akan disiarkan di TV Okey bulan Ramadan tahun depan.

Che Ta 1

Che Ta dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Ammar Affendy (kiri), Aniq Ezzra (kanan) dan Aisyah (tengah).

"Kali ini, saya mengendalikan program 30 episod itu bersama suami tercinta dengan kehadiran tetamu dalam kalangan artis sebagai ‘chef’ masakan.

"Selepas itu, saya akan jadi juri program The Mask Singer musim keempat dan akan melancarkan produk ByRCW awal tahun depan,” katanya yang baru-baru ini turut menerima anugerah dari Bumiputera Business Excellence Award 2023.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 10 tahun.

Che Ta juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 27, dan Aniq Ezzra, 25.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain