suria

Kongsi foto dan kapsyen serupa, peminat doa Syafiq dan Mimi jadi naik pelamin

Syafiq dan Mimi kembali menjadi perhatian netizen apabila berkongsi gambar dengan latar belakang yang sama.

BERKONGSI foto di tempat sama dengan berlatar belakang dipercayai sebuah butik, pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana sekali lagi menjadi bualan netizen.

Lebih membuatkan peminat teruja kedua-dua mereka berkongsi kapsyen yang sama seolah-olah cuba memberi bayangan tentang hubungan mereka.

"Menanti untuk berkongsi momen indah bersama..." tulis mereka.

Syafiq dan Mimi berkongsi foto berkenaan menerusi Instagram masing-masing.

Syafiq 1

Syafiq dan Mimi sebelum ini dikatakan sudah berbaik apabila mereka dilihat makan malam bersama.

Peminat membuat spekulasi pasangan itu hadir ke butik berkenaan untuk sesi ‘fitting’ baju selain mendoakan agar percintaan di antara Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak,31 dan Mimi kembali terjalin sehingga ke jenjang pelamin.

Malah berharap peristiwa hitam pembatalan perkahwinan mereka sebelum ini tidak berulang lagi.

“Tidak sabar! Semoga Syafiq dan Mimi dipermudahkan segala urusan kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas keluar makan berdua, kali ini Syafiq Kyle bagi Mimi Lana kek brownies sempena hari jadi... “Gigih buat sebelum shooting jauh”

ARTIKEL BERKAITAN: Foto pangku bayi sama di restoran buat peminat tertanya-tanya, doa Syafiq Kyle dan Mimi kembali bersama

“Jadi harapnya kali ini tidak batal. Amin.

“Tahniah! Semoga yang baik-baik buat kalian. Sabar dalam menempuhi alam perkahwinan. Berbincang dan berbincang,” kata mereka.

Pada Ogos lalu, pengurus Mimi atau Mimi Roziana Zanal Abidin, 28, iaitu Iman Tang mengesahkan pembatalan majlis pernikahan dan resepsi pasangan berkenaan disebabkan mereka terikat dengan jadual penggambaran selain Mimi perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq.

553

Syafiq dan Mimi membatalkan pernikahan mereka pada 18 Ogos lalu.

Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos lalu, sementara majlis resepsi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada sebelah malam.

Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial dan melangsungkan pertunangan pada Januari lalu.

Bulan lalu, pasangan ini kembali menjadi perhatian apabila dilihat makan malam bersama dan ramai membuat spekulasi hubungan mereka sudah kembali jernih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain