PENYANYI Jaclyn Victor muncul sebagai juara program All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada malam Ahad. Kemenangan itu sekali gus menewaskan tujuh perserta lain yang bertanding pada peringkat akhir iaitu Tomok, Azharina, Siti Nordiana, Liza Hanim, Naqiu, Hady Mirza, dan Nikky Palikat. Jaclyn membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 selain pakej percutian ke Switzerland dan baucer dekorasi berserta sebuah trofi. Untuk rekod, Jaclyn adalah juara Gegar Vaganza musim kesembilan tahun lalu. Jaclyn juga adalah juara Gegar Vaganza musim kesembilan. Pada peringkat final itu, Jaclyn mempertaruhkan dua buah lagu iaitu When You Believe dan Sandarkan Pada Kenangan duet bersama penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah. "Terima kasih Tuhan! Terima kasih kepada mereka yang sentiasa beri semangat kepada saya. Terima kasih kepada juri," katanya. Sementara itu, kesemua tujuh peserta lain yang berentap tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta pakej percutian dan trofi. ARTIKEL BERKAITAN: Aksi ‘slide’ di separuh akhir ASGV buah hasil, simpan persembahan bukan strategi Nikki Palikat ARTIKEL BERKAITAN: Tiada penyingkiran, 8 peserta bersaing di pentas akhir All Stars Gegar Vaganza Pada peringkat akhir itu, ASGV turut dimeriahkan dengan persembahan daripada ratu rock negara Ella dan Heal Husaini. Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana diumumkan sebagai pemenang Anugerah Gegaran Generasi Juara Digi membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 manakala Naqiu pula penerima Bintang Cuckoo Paling Gempak. Naqiu turut membawa pulang trofi Pemenang Pilihan Boss Susu. ASGV dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse manakala Datuk Ramli MS, Datuk Shafinaz, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!