TIDAK sampai beberapa jam merangkul gelaran juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad, kemenangan Jaclyn Victor menjadi pertikaian dalam kalangan netizen yang mempersoalkan perkara tersebut. Tidak hanya itu, rata-rata mereka berpendapat penyanyi Liza Hanim lebih berhak menyandang gelaran juara kerana persembahan diberikan pada peringkat final itu lebih baik. Mengulas mengenai perkara itu, Jaclyn, 44, memberitahu kemenangan yang diraih adalah rezeki dan semua peserta diadili secara adil oleh juri profesional. Kata Jaclyn, sudah menjadi adat sesebuah pertandingan akan ada pihak yang menang dan sebaliknya. Jaclyn terkejut diumumkan sebagai pemenang. "Saya harap peminat boleh bawa bertenang, bukan saya yang berikan markah. "Saya sendiri pun berserah saja... Tapi ini rezeki dalam pertandingan," katanya kepada mStar. Jaclyn berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas diumumkan juara ASGV yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor juara All Stars Gegar Vaganza, bawa pulang wang tunai RM200,000 ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan sebagai juri jemputan ASGV curi tumpuan, netizen ‘rasa’ Ella bagi komen macam baca skrip Dalam pada itu, Jaclyn berkata, dia sendiri bersedia dengan sebarang kemungkinan malah akan berasa gembira jika tujuh rakan-rakan yang lain bergelar juara. Jaclyn turut berpendapat persembahan Liza sangat baik namun dia bukannya juri dalam menentukan kemenangan dalam ASGV. "Masa berada di atas pentas saya ada cakap apa pun terjadi saya berserah saja. Siapa pun yang menang saya akan tumpang gembira untuk mereka. Saya sendiri pun berserah saja... Tapi ini rezeki dalam pertandingan. JACLYN VICTOR JUARA ALL STARS GEGAR VAGANZA "Liza pun buat yang terbaik malam ini tapi saya tak tahu apa kriteria permarkahan juri," jelasnya. Malah semua mereka berentap secara sihat selain sentiasa menyokong antara satu sama lain. "Saya minta maaf... Saya sayang Liza dan semua peserta yang lain. Persembahan solo Jaclyn memukau juri. "Saya harap orang dapat melihat persahabatan kami yang ikhlas," katanya. Kemenangan itu melayakkan Jaclyn membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000 berserta beberapa hadiah sampingan lain termasuk sebuah trofi. Manakala semua tujuh peserta lain tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang berserta hadiah sampingan dan trofi. Untuk rekod, Jaclyn juga adalah juara Gegar Vaganza musim kesembilan tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!