WALAUPUN gagal bergelar juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) namun penyanyi Liza Hanim bersyukur apabila persembahannya berjaya mendapat tempat di hati peminat. Liza atau Haliza Hanim Abd Halim, 43, berkata, segala pujian dan harapan peminat sudah cukup membuatkan dia rasa seperti seorang juara. "Itulah yang saya nak, cukuplah! Itu dah cukup walaupun orang nak kemenangan tapi dengan kata-kata ini mereka semua memberikan saya semangat. Liza bersyukur ada sokongan peminat. "Saya dapat rasa sudah buat terbaik sehingga ramai berkata dan beri harapan (bergelar juara), itu pun sudah buat saya gembira," katanya kepada mStar. Liza berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat persembahan ASGV yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad. Pada malam final, Jaclyn Victor muncul sebagai juara ASGV manakala Liza hanya mendapat tempat keempat. Dalam pada itu, Liza berkata, sebelum ini dia pernah terfikir meninggalkan karier sebagai penyanyi kerana merasakan sudah tiba masanya dia berbuat demikian. ARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim bersuara dikutuk tak cantik, tak goyang kena hina - “Bahasa itu lagi penting dari paras rupa” ARTIKEL BERKAITAN: Penantian peminat berakhir, Liza Hanim umum konsert solo rai perjalanan 27 tahun sebagai penyanyi Malah sepanjang 12 tahun bertanding di ASGV, perasaan sama semakin menebal namun memilih terus melangkah demi mencapai matlamat ke peringkat akhir. Lebih membuatkan dia bersemangat apabila sokongan ditunjukkan peminat membuatkan dia membulatkan hati meneruskan perjuangan sebagai penyanyi. "Beberapa minggu lalu, ketika saya dalam kesedihan perasaan (tinggalkan dunia nyanyian) kembali datang tapi saya lawan sebab mahu sampai ke malam final. Liza akan terus menghiburkan peminat. "Memang ada masanya dalam karier saya rasa sudah tiba masanya saya berhenti menyanyi. "Tapi masih ada peminat mempercayai dan tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat yang membuatkan saya teruskan berkarya," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Liza bakal muncul dengan konsert solo pertama selepas 27 tahun bergelar penyanyi pada 4 Februari tahun depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!