PENYANYI Aina Abdul menunjukkan prestasi cemerlang apabila berjaya memperoleh kemenangan dua kategori di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung pada petang Jumaat. Aina yang mempertaruhkan lagu ciptaannya iaitu Jangan Mati Rasa Itu menambat hati juri apabila dipilih sebagai Lagu Terbaik hari pertama SFMM38 dan berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000. Tidak hanya itu, Aina turut memenangi kategori Lagu Pilihan Alha Alfa berdasarkan undian penonton sekali gus melayakkan penyanyi itu membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000. Khai Bahar mempertaruhkan lagu Kaulah Syurga. Secara keseluruhan Aina membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. Bagaimanapun nasib Jangan Mati Rasa Itu hanya diketahui pada hari ketiga SFMM38 sama ada layak ke Juara Lagu ke-38 (AJL38) tahun depan. Hari pertama SFMM38 turut menyaksikan persembahan daripada Inilah Jalannya (Masdo), Oh Wanita (Khai Bahar), Waktu (Hasif Upin & Ziana Zain), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Kaulah Syurga (Khai Bahar & Lia Aziz). ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri tak pernah cakap tarik diri nyanyi lagu Astana, tampil beri penjelasan punca tidak sertai SFMM38 ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 15 tahun akhirnya Ziana Zain kembali bersaing di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38... “Ikutkan saya sudah malas” Turut bersaing adalah lagu Tusuk (Shiha Zikir), Hasrat (Amir Jahari), Ilusi (Marsha Milan Ft Hazama), Bahagia Milik Kita (Syamel) dan Racun (Elica Paujin Ft Dem Lepak). Barisan juri SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail, LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer. SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023 di TV3 dan Tonton. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!