PELAKON Rita Rudaini menyelar tindakan seorang guru yang didakwa memukul seorang murid lelaki dipercayai berlaku di sebuah sekolah. Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, menyifatkan tindakan itu bukan cara sesuai dalam mendidik murid masa kini sebaliknya hanya memberi kesan negatif terhadap pelajar berkenaan. Malah kata Rita, seorang pendidik tidak seharusnya memalukan dan menjatuhkan keyakinan diri seorang murid di depan khalayak ramai. "Macam mana nakalnya murid itu, bukan begitu caranya. Perkongsian Rita di Instagram miliknya tentang sikap guru menampar murid. "Apa pelajaran yang budak itu dapat daripada guru itu adalah cuma malu, hilang keyakinan, semangat diri dan lebih kepada dendam," katanya. Rita yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkongsi pandangannya mengenai insiden berkenaan menerusi Instagram miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Rita berpendapat perbandingan guru dulu dan sekarang dalam mendidik anak bangsa tidak sepatutnya berlaku kerana peredaran zaman yang berbeza. ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu macam gangster hayun tangan ke muka murid... Tak cukup penampar, ringan kaki tendang pelajar! ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini dedah punca anak patah tangan, rupanya kena ‘tackle’ semasa main bola sepak Menurutnya, seorang guru sepatutnya bersikap lebih matang dalam memberi contoh terbaik buat para pelajar mereka. "Nak tegur atau bagi pengajaran bukan memalukan seorang budak yang belum matang di khalayak ramai. "Beza dekat sini, cikgu (berkenaan) sudah matang, anak murid yang di lempang seorang kanak-kanak. Guru adalah idola dan mentor murid-murid," ujarnya. Tambahnya lagi, tidak salah merotan pelajar namun perlu sesuai dengan caranya. Rita bersama dua orang anaknya yang masih bersekolah. Kata Rita, tindakan memukul atau menggunakan kata-kata kesat hanya akan membuatkan pelajar semakin sukar mendengar kata. "Nak mengajar boleh, bawa pergi bilik guru, siasat, bagi kaunseling, nasihat... Selepas itu bagi rotan sedas kalau betul langgar peraturan atau disiplin. "Kalau pukul dan maki hamun ikut suka itu yang budak-budak pun jadi keras dan bukan makin elok, makin nakal dan keras hati," katanya. Khamis lalu tular di media sosial rakaman berdurasi 41 saat memperlihatkan seorang individu dipercayai guru menampar seorang murid di sebuah acara depan khalayak ramai sebuah sekolah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!