PEMPENGARUH media sosial Tyra Kamaruzzaman tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang pelakon biarpun pernah menerima tawaran sebelum ini. Tyra atau Athirah Kamaruzzaman, 24, memberitahu, dia menyedari dirinya tidak mempunyai bakat lakonan dan mahu memberikan peluang itu kepada individu yang lebih layak. Dalam hal ini, Tyra berkata dia tidak mahu menceburi bidang lakonan hanya semata-mata untuk memenuhi permintaan pengikut di media sosial. Tyra tidak berminat untuk menceburi bidang lakonan. "Saya ada saja mendapat tawaran berlakon namun saya merasakan ia bidang ini tidak sesuai dengan saya. "Saya rasa ramai lagi individu di luar sana yang layak dan berbakat untuk berlakon. "Saya berpendapat lebih baik beri sahaja peluang itu kepada mereka yang benar-benar berminat dan layak untuk menjadi pelakon. ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman berlakon sejak umur 5 tahun, Faizal Hussein terima bayaran tinggi melebihi 'hero top' sekarang ini ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Puteh dedah pengurus artis baharu tak sedar diri, berani letak harga tinggi tapi berlakon kayu "Saya tak nak hanya sekadar mahu lakukan perkara itu (berlakon) sekiranya peminat merasakan yang saya sesuai untuk jadi pelakon," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Tyra menegaskan dia tidak akan melakukan sesuatu perkara tanpa minat dan mengakui lebih cenderung untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tambah Tyra, mungkin disebabkan faktor sekeliling yang menyebabkan dia mahu bergelar usahawan dan bukannya seorang pelakon. Saya ada saja mendapat tawaran berlakon namun saya merasakan ia bidang ini tidak sesuai dengan saya. TYRA KAMARUZZAMAN PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL "Saya tidak rasa saya mempunyai minat untuk berlakon sebab kalau saya mahu lakukan sesuatu perkara, saya perlu ada minat. "Berlakon memerlukan minat yang mendalam dan kemahiran yang saya rasa memang saya tidak ada (bakat). "Mungkin kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang mengusahakan perniagaan jadi disebabkan itu saya lebih berminat untuk berniaga," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!