suria

Sudah cukup lagakan Ernie dan Aina, konsert di Singapura tutup dakwaan wujud sengketa

Aina dan Ernie bakal berkongsi pentas di Singapura bulan depan.

PENGUMUMAN Ernie Zakri sebagai artis jemputan konsert A Night With Aina Abdul yang bakal berlangsung di Singapura pada 6 Januari depan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dua penyanyi berbakat besar itu.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata, dia memilih sahabatnya itu kerana mahu menamatkan dakwaan kononnya mereka pernah berseteru sebelum ini.

Kata Aina, dia juga mahu menyerap unsur positif dalam industri hiburan selain membuktikan penyanyi wanita mampu beraksi di atas pentas sama.

aina1 - 1

Aina berentap dalam SFMM38.

"Saya rasa ini merupakan peluang terbaik cerita perbandingan antara kami ditutup.

"Kita perlu sikap positif dalam industri hiburan dan saya mahu buktikan tanggapan wanita tidak boleh bekerjasama adalah tidak benar," katanya kepada mStar.

Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung di Studio 7, Glenmarie Shah Alam pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri terima lamaran Aina Abdul beraksi atas satu pentas konsert... "Menangis yang cuba lagakan mereka"

ARTIKEL BERKAITAN: "Tolong pantau pentaksub anda!" - Ernie Zakri minta peminat henti bertelagah, tiada masalah dengan Aina Abdul

Dalam pada itu, Aina berkata, aura Ernie sebagai penyanyi turut membuatkan dia teruja untuk berkongsi 'tenaga' dalam persembahan mereka nanti.

Malah mereka sudah mula menjalani latihan dan menjanjikan persembahan bertenaga serta beremosi pada konsert itu kelak.

"Saya pilih Ernie sebab saya ingin berkongsi pentas dengan penyanyi yang betul-betul boleh menyanyi dan mampu buat saya naik 'sheikh' dan meremang bulu roma!

Saya rasa ini merupakan peluang terbaik cerita perbandingan antara kami ditutup.

AINA ABDUL

PENYANYI

"Sudah agak lama saya tidak rasa aura itu bersama penyanyi wanita.

"Jadi saya rasa Ernie adalah pilihan terbaik, Alhamdulillah dia juga lapang pada tarikh konsert itu malah kami pun sudah mula berlatih.

"Apa boleh saya katakan, peminat confirm akan menangis dengar lagu nyanyian kami nanti," jelasnya.

aina2 - 1

Aina mahu sebar positiviti dalam industri hiburan.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila peminat kedua-dua penyanyi tersebut membanding-bandingkan kekuatan vokal mereka.

Aina juga pernah menyangkal wujud sebarang masalah apabila dia sering dibandingkan dengan Ernie.

Malah jelas Aina, Ernie merupakan salah seorang sahabat karibnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain