SELEPAS melalui pelbagai kontroversi, pelakon Hafidz Roshdi menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada malam Jumaat. Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan di Glass House Event Space Shah Alam, Selangor. Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Athira. Hafidz ketika majlis akad nikah berlangsung. Pelakon berkenaan berkongsi foto dan video majlis tersebut di Instagram miliknya yang memperlihatkan pasangan pengantin lengkap berpakaian putih di atas pelamin. "Alhamdulillah," tulisnya ringkas. Bagaimanapun, melalui hantaran tersebut, Hafidz dilihat tidak membuat ruangan untuk orang ramai meninggalkan komen. ARTIKEL BERKAITAN: “Yang ucap tahniah, terima kasih”... Hafidz Roshdi buka mulut jawab spekulasi nikah Athira Sabtu ini ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri tidak tahu Hafidz Roshdi nak nikah, Shuhada harap berita ‘menyakitkan’ tak sampai ke telinga anak-anak Sebelum ini, tular kad undangan majlis penikahan Hafidz dan Athira yang bakal berlangsung di sebuah dewan di Selangor pada 16 Disember ini. Menerusi undangan tersebut, tertera nama lengkap Hafidz dan Athira berserta tarikh, masa dan lokasi perkahwinan mereka. Hafidz meluahkan rasa syukur selepas bernikah dengan Athira. Difahamkan, pasangan itu bakal melangsungkan majlis kenduri pada sebelah malam. Nama Athira sebelum ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz dengan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada. Hafidz sebelum ini mempunyai dua cahaya mata bersama bekas isteri. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun. Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan lafaz yang dibuat pada 22 Februari adalah sah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!