suria

Gerai nasi ayam kena serbu pelanggan, Faye Kusairi tak tolak kembangkan perniagaan

Faye tak menang tangan urus gerai nasi ayam.

SEJAK beberapa hari lalu, tular di media sosial pelakon Faye Kusairi berniaga nasi ayam di pinggir jalan di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor selepas dilihat lama menyepi dari dunia lakonan.

Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 36, berkata, dia memulakan perniagaan tersebut sejak dua minggu lalu dan tidak menyangka ia mendapat sambutan luar biasa pelanggan.

"Perniagaan Alhamdulillah, tiada pembaziran. Sambutan baik pelanggan, penduduk kawasan sini, rakan-rakan serta keluarga dekat dan jauh.

faye 2

Nasi ayam air tangan Faye dapat sambutan ramai.

"Dengan izin Allah juga hujan atau panas, jualan tetap berjalan lancar," katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Faye, setiap hari hampir 50 bungkus nasi ayam terjual dan jumlahnya semakin meningkat dari semasa ke semasa dan tidak teragak-agak memajukan lagi perniagaan itu pada masa depan.

Dalam pada itu, Faye memberitahu idea menjual nasi ayam tercetus selepas sering memasak makanan itu memandangkan anak sulungnya mengemari juadah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu lumpuh sebelah muka, Faye Kusairi selamat bersalin anak perempuan - “Saya akan kongsi gambar anak jika sudah bersedia”

ARTIKEL BERKAITAN: Lumpuh sebelah muka, Faye Kusairi sentiasa positif untuk cepat sembuh - “Jangan riyak dengan muka yang cantik”

"Anak sulung saya suka nasi ayam dan dari situlah tercetusnya inspirasi menjual nasi ayam. Lagipun bertahun tengok kawasan sini tiada yang menjual hidangan tersebut.

"Sebagai ibu saya rasa agak memudahkan kalau ada yang menjual nasi ayam di kawasan ini terutama bagi ibu-ibu yang berkerja," katanya.

Bercakap tentang perkembangan karier seni, Faye menjelaskan dia bukan tiada tawaran lakonan tetapi terpaksa menolak sebab baru selesai berpantang pada Ogos lalu.

faye 3

Rakan artis turut bantu membeli jualan Faye.

Namun sekiranya menerima tawaran berlakon dia bakal menutup sementara gerainya kerana mahu memberi tumpuan pada lakonan.

"Baru bulan lepas rasanya saya tak berlakon. Saya ada jalani penggambaran masa baru betul-betul habis pantang.

"Banyak sebenarnya tawaran sejak tahun lepas lagi tapi saya terpaksa tolak kerana saya mengandung waktu itu dan ia perlukan saya lakukan aksi lasak.

"Tapi saya masih lagi berniaga di Singapura dan Brunei sampai usia kandungan enam bulan kemudian saya tolak semua tawaran sehingga lepas berpantang," kongsinya.

Untuk rekod, Faye berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 2017 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain