suria

Karya ciptaan Aisha Retno dan MFMF ‘Sutera’ Lagu Terbaik hari kedua SFMM38

Aisha Retno menerima hadiah daripada Datuk Alha Alfa.

SUTERA nyanyian Aisha Retno muncul sebagai Lagu Terbaik hari kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung di Studio 1 Glenmarie, Shah Alam pada Sabtu.

Lagu ciptaan Aisha dan MFMF itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan Alha Alfa.

Manakala Astana yang menjadi bualan hangat sejak beberapa hari lalu diumumkan sebagai Lagu Pilihan Alha Alfa dan membawa pulang hadiah RM2,000 serta barangan eksklusif Alha Alfa.

Aisha memberikan persembahan bertenaga pada SFMM38 hari kedua.

Astana adalah ciptaan bersama Ernie Zakri, Omar K, Shazriq Azeman dan Syamel.

Barisan juri SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail, LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023 di TV3 dan Tonton.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jangan Mati Rasa Itu’ lagu terbaik hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 38

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri tak pernah cakap tarik diri nyanyi lagu Astana, tampil beri penjelasan punca tidak sertai SFMM38

Hari kedua SFMM38 dimeriahkan dengan persembahan jemputan Akim & The Majistret yang menyampaikan lagu Saksama dan Potret.

Sebanyak 10 buah lagu dipertandingkan pada hari kedua SFMM38 termasuk Korbankan Kita (MOJO), Kamu Kamu (Wani Kayrie), Alah Bisa (Amira Othman dan Putera Muhammad) dan Cinta Hanya Buatan (Muna Shahirah dan Afieq Shazwan).

Turut bertanding, lagu Cinta Shabiyah (Datin Alyah), Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Sejuta Maaf (Liza Hanim), Sutera (Aisha Retno) dan Kalam (Shiha Zikir).

Daripada 30 buah lagu yang bertanding di SFMM38, hanya 12 sahaja layak ke AJL38.

AJL38 bakal berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, tahun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain