SEDAR tanggungjawab sebagai seorang Muslim, pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan sebanyak RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Aeril atau Suhairil Sunari, 35, berkata jumlah yang dibayar itu adalah keuntungan yang dipeoleh daripada perniagaan yang dijalankan pada tahun ini. "Alhamdulillah, ini kewajipan yang perlu dilaksanakan. Kami bersyukur atas nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus daripada Allah SWT. Aeril dan Wawa sentiasa bayar zakat tepat pada waktunya. "Ini juga berkat sokongan tanpa henti daripada semua pihak dan pelanggan setia kami. Semoga 2024 dan tahun seterusnya akan menjadi tahun yang lebih baik lagi buat kita semua," katanya. Dalam pada itu, Aeril juga berharap zakat yang dikeluarkan itu dapat membantu golongan yang memerlukan. Dia juga berharap lebih ramai orang akan menjadikan perkara tersebut sebagai contoh yang baik. ARTIKEL BERKAITAN: Berani komen jahat tapi tak tunjuk muka... Aeril dan Wawa ‘sound’ netizen sentuh isu sensitif, enggan jadi mangsa buli siber ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel dah jual Lamborghini Aventador, niat sebahagian hasil jualan derma kepada Palestin "Dalam rezeki kita, insya-Allah ada rezeki orang lain juga. Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Saya percaya, LZS adalah agensi terbaik dalam menguruskan perkara ini. "Semoga usaha ini menjadi langkah awal dan pendorong buat orang lain juga. Percayalah, tidak miskin orang yang bersedekah di jalan Allah," katanya lagi. Untuk rekod, tahun lalu dia dan isteri pernah meraih penghargaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana melaksanakan bayaran zakat melebihi RM50,000. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!