suria

Pemuzik ditahan patahkan palang kondo, berang tak boleh masuk kerana tunggakan ‘maintenance’

Pemuzik ditahan polis kerana rosakkan pagar.

BERANG tidak dibenarkan masuk akibat mempunyai tunggakan bayaran penyelenggaraan, seorang pemuzik ditahan kerana mematahkan palang automatik di sebuah kondominium di daerah Ampang Jaya, Selangor.

Menurut Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihaknya menerima laporan berhubung perkara daripada seorang eksekutif berusia 36 tahun pada tengah hari Selasa.

"Menurut pengadu, dia dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang lelaki berusia 55 tahun berkenaan memintanya membuka pintu pagar automatik untuk masuk ke dalam kondominium.

553 (1)

Syarikat pengurusan tanggung RM1,500 kerosakkan pagar.

"Namun, pengawal keselamatan tidak membenarkannya untuk meletak kenderaan dalam kawasan kondominium kerana terdapat tunggakan bayaran penyelenggaraan sebanyak RM6,448.

"Suspek kemudian bertindak mematahkan palang pintu pagar automatik dan terus masuk. Syarikat pengadu mengalami anggaran kerugian RM1,500 akibat kejadian itu," katanya

Kata Azam, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan bekerja sebagai pemuzik di perkarangan Balai Polis Pandan Indah pada hari yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes penyanyi maut ditikam di Klang, suspek sudah 2 tahun kejar cinta cemburu mangsa kongsi foto teman lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pindah masuk kediaman baharu, jiran terus minta RM1,400 untuk kos pagar rumah dibina 17 tahun lalu

Bagaimanapun semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan negatif dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 22 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain