suria

Ujian nikmat buat Aniq Suhair, cara dekatkan diri dengan Tuhan

Aniq tetap hadapi ujian dengan tabah.

HAMPIR sebulan memencilkan diri, pelakon Aniq Suhair tetap tabah menempuh pelbagai ujian dengan penuh sabar.

Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, berkata, setiap ujian atau pun bala dihadapiya disifatkan sebagai satu nikmat dan kelebihan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

"Mungkin bukan ujian atau bala tetapi adalah nikmat untuk aku kerana lebih mendekatkan aku dengan Tuhan," katanya.

Aniq 2

Aniq menyifatkan ujian yang dihadapi adalah kelebihan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Aniq membuat luahan itu dalam satu hantaran di laman X miliknya pada Khamis.

Luahan itu dipercayai ada kaitan dengan kontroversi berkaitan dia cuba melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selepas didakwa menghamilkan seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa hamil anak Aniq Suhair tampil mohon maaf, mengaku silap buat tuduhan tak benar

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas buat pusingan U, wanita dakwa hamil anak Aniq Suhair mahu dedah kejadian sebenar - “Jumpa di mahkamah!”

Sebelum ini, Aniq dikaitkan melakukan hubungan terlarang sehingga menyebabkan seorang wanita hamil namun menafikan perkara itu.

Wanita tersebut kemudiannya membuat permohonan maaf dan menjelaskan tuduhan dibuat terhadap Aniq adalah fitnah disebabkan menaruh hati terhadapnya.

Aniq 1

Dakwaan wanita terbabit berkenaan Aniq Suhair.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, wanita tersebut membuat pusingan 'U' apabila kembali dengan dakwaan baru menuduh dia dimanipulasi aktor terbabit.

Terbaharu, wanita berkenaan nekad menyelesaikan kes tersebut di mahkamah dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain