BERKONGSI pengalaman sukar dalam dunia seni, pelakon Noorkhiriah menitip pesan buat pendatang baharu agar ikhlas dalam kerjaya. Noorkhirah atau Norrkhirah Ahmad Shapie, 45, mengingatkan rakan-rakan pelakon agar menghormati orang sekeliling terutama kru produksi yang sama-sama terbabit dalam pembikinan sesebuah karya. "Kerja macam saya adalah bersama pasukan maka kita kena hormat semua orang tidak kira siapa. Noorkhiriah kongsi pesan buat artis baru. "Jagalah diri adik-adik yang baru nak up. Betulkan niat untuk apa. Jangan kejar apa yang tidak pasti sebab yang pasti hak kita Allah akan permudahkan. Kerja elok-elok dan ciptalah cerita yang memberi manfaat," katanya. Noorkhiriah menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam hantaran berkenaan dia meninggalkan pesan supaya tidak mengamalkan sikap meninggi diri biarpun memegang status sebagai seorang artis. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Noorkhiriah bantu penghijrahan Ieda Moin... Tak dapat bayangkan berpisah selepas 20 tahun bersahabat ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah paling takut pujian, hanya minta doa urusan bantu urus jenazah percuma dipermudahkan "Jangan rasa kita artis, kita besar. Jangan kita lupa manusia boleh mendoakan untuk kita bangun dan jatuh," ujarnya. Sementara itu, dia turut berkongsi cerita bagaimana melalui pengalaman susah ketika awal pembabitan dalam dunia seni. Malah sebagai seoang pelakon, Noorkhiriah juga komited terhadap kerjaya tanpa mencampuradukkan urusan peribadi ketika di lokasi. Noorkhiriah kongsi pengalaman fasa sukar sebagai artis. "Zaman saya dahulu betapa susah untuk ada seperti sekarang. Pergi shooting duduk dalam van sempit macam sardin dalam tin. Tiba-tiba duduk atas besi panas, pijar jadinya. Tapi seronok. "Sampai set tegur semua orang. Bawa aura positif walaupun semalam gaduh baling periuk. Jangan cerita (masalah) kepada sesiapa kerana tiada manusia yang nak tahu masalah kita," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!