suria

Sujud syukur dapat beli tiket, ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ konsert berbayar pertama Ainan Tasneem

Ainan antara peminat bertuah yang berjaya mendapatkan tiket konsert Siti Nurhaliza.

SEBAGAI peminat setia, penyanyi Ainan Tasneem tidak melepaskan peluang mendapatkan tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 9 Mac tahun depan.

Ainan atau Ainan Tasneem Redzuan, 31, mendedahkan persembahan itu juga adalah konsert berbayar pertama bakal dihadirinya malah sanggup menunggu giliran secara atas talian bagi membeli tiket.

Malah suaminya, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi juga akan menemaninya ke konsert yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

ainan 2

Ainan kongsi kenangan lama bertemu Siti.

"Saya tidak pernah pergi konsert berbayar seumur hidup tetapi untuk Siti Nurhaliza ada pengecualian. Saya memang minta izin suami untuk teman pergi tengok konsert.

"Lagipun Tokti (panggilan Siti Nurhaliza) sendiri beritahu konsert ini dianjurkan untuk sumbangan ke Palestin," katanya.

Ainan menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ainan Tasneem rancang adakan konsert, tapi hanya penonton wanita sahaja... Siap selit slot tazkirah ustazah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai dua jam, tiket konsert ’Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ sold out!

Dalam pada itu, menerusi bebenang di laman X, Ainan memberitahu sukar mendapatkan tiket ketika jualan atas talian dibuka pada Khamis lalu.

Malah kata Ainan, dia gagal mendapatkan tiket namun beruntung kerana salah seorang rakannya berjaya tembus dan membeli tiket untuk dia dan suami.

"Saya sendiri berjuang dua jam untuk dapatkan tiket tetapi tidak dapat sedangkan saya masuk tepat pukul 2 petang.

Bila saya merasa sekejap duduk dalam industri, rezeki dua kali berjumpa Tokti. Jumpa depan-depan memang buat saya ketar lutut

AINAN TASNEEM

PENYANYI

"Saya minta izin suami nak pergi satu-satunya konsert sebab ini penyanyi kesayangan. Dia pun tahu saya minta sangat Tokti.

"Saya gembira dapat tiket pergi konsert Tokti sampai menangis dan buat sujud syukur. Hebat betul penangan Siti Nurhaliza," ujarnya.

Untuk rekod tiket konsert tersebut habis dijual dalam tempoh dua jam selepas ia mula dibuka untuk jualan.

ainan 3

Ainan minta izin suami untuk ke konsert Siti.

Dalam masa sama, Ainan juga sempat berkongsi memori saat pertama kali dia menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza dalam sebuah acara kira-kira 22 tahun lalu.

Malah persaan kagum terhadap Siti juga semakin bertambah apabila mula bergelar artis dan dapat berkongsi satu pentas dengan penyanyi tersebut.

"Sejak dulu kalau sertai mana-mana pertandingan mesti akan nyanyi lagu Tokti. Saya ingat lagi 22 tahun lalu ketika beliau buat persembahan di Stadium Kajang, saya terkesima melihat kelembutan dan kecantikan dia.

"Bila saya merasa sekejap duduk dalam industri, rezeki dua kali berjumpa Tokti. Jumpa depan-depan memang buat saya ketar lutut," ceritanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain