SELEPAS lima tahun tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi kelahiran Singapura Imran Ajmain tampil dengan single Padam Dan Pergi. Imran, 42, berkata, penghasilan lagu berkenaan adalah sebagai usaha meneroka dan menjadikan perjalanan seninya berbeza berbanding sebelum ini. “Padam Dan Pergi adalah pemisahan daripada gaya biasa saya. Lagu ini mencerminkan perkembangan peribadi dan muzikal bagi saya, meneroka stail baru dalam bunyi dan penceritaan. “Saya terdetik nak lancarkan lagu ini setelah setahun memanggung di acara-acara indie apabila penontonnya semua hafal dan nyanyikan apa jua lagu yang dipersembahkan atas pentas bersama-sama penyanyinya. Ini untuk mereka semua,” katanya. Lagu Padam Dan Pergi menunjukkan sisi lain Imran. Tambah Imran, lagu yang bergenre pop rock tersebut adalah kolaborasinya bersama komposer muda, Ahmadul Amin. Lebih mengujakan, pelancaran lagu baharunya itu selaras dengan perancangan konsert mini keduanya di Singapura pada 12 Januari depan dan di Kuala Lumpur kelak. “Penerbitan single ini diselaraskan secara strategik dengan konsert mini Malam Seribu Tahun Imran Ajmain yang akan datang di Singapura pada 12 Januari 2024. Konsert tersebut juga diusahakan nanti untuk penggemar di Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan anugerah MACP dipertikai... Reedzwann anggap rezeki tiga lagu hit, tanda karya diterima ramai ARTIKEL BERKAITAN: Lagu masuk AJL38, Shiha Zikir hairan pencapaian sering dipertikai... “Mungkin orang ingat saya terpaling popular” “Saya akan mempersembahkan lagu baru ini sebagai sorotan malam konsert, menawarkan penggemar pengalaman secara langsung bunyi baru ini yang melambangkan pemisahan daripada balada lembut mendayu-dayu yang sinonim dengan saya,” ujarnya. Bercerita tentang lirik Padam Dan Pergi, Imran berkata, lagu tersebut merungkai hubungan kompleks yang tidak kena haluan menggambarkan dia sebagai seorang kekasih yang rentan mencari babak baru dalam hidupnya. “Saya mahu mengajak pendengar bersama dalam perjalanan mengenal pahit manis cinta, menghapuskan masa lalu dan merangkul janji masa depan yang lebih cerah. Gitar elektrik mengambil peranan utama, menambah dimensi segar kepada repertoire muzikal saya. Imran bakal mengadakan mini konsert di Singapura dan Malaysia. "Padam Dan Pergi merupakan pengakuan pertumbuhan dan sumpah janji seniman untuk memajukan seninya,” kongsinya. Untuk info, Konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain adalah pertunjukan pertama dalam siri persembahan artis dan band Malaysia, Singapura, Indonesia yang dipanggil Satu Malam Di Singapura. Siri konsert tersebut dianjurkan oleh Elmi Elmo dan Hashtag Media (Malaysia) bekerjasama dengan Gumbira dan A’Art (Singapura) di Victoria Theatre, Singapura. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!