suria

Puas bersabar, Shikin Maembong nekad ambil tindakan terhadap netizen hina wajah senget sebelah

Shikin tak boleh stres bagi mengelakkan wajah semakin teruk.

ISTERI kepada penyanyi dan komposer Cat Farish iaitu Shikin Maembong nekad meneruskan tindakan saman terhadap individu yang menulis komen berbaur penghinaan terhadap rupa paras dirinya.

Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur' Ashikin Ismail, 40, berkata komen-komen yang diterimanya itu telah memberikan kesan terhadap emosi dan mental.

"Kali ini saya memang tekad untuk ambil tindakan supaya tak akan ada orang lagi buli saya. Ia berkaitan dengan kekurangan saya tentu akan beri kesan pada mental.

2452768

Shikin terasa bila kekurangan jadi sebutan netizen.

"Sebelum ini saya pernah menyorok selama lima bulan tak nak keluar rumah kerana malu nak berjumpa orang.

"Bila dah berani berdepan dengan orang tapi ada yang sebut semula kekurangan saya itu memang terasa.

"Ini bukan kali pertama saya kena, selama ini saya diamkan saja. Saya harap bila saya ambil tindakan ia akan jadi pengajaran buat yang lain," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesabaran Shikin Maembong menipis dicerca berwajah hodoh, minta pembuli tunggu surat saman

ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Maembong diburu lelaki gatal, siap tawar wang buat panggilan video - “Cat telefon tak jawab pula”

Berkongsi mengenai tindakan undang-undang yang akan dilakukan, Shikin memberitahu dia sudah pun mendapatkan nasihat daripada peguam.

"Ini sebenarnya baru amaran, tapi selepas saya beritahu nak ambil tindakan udang-undang ramai yang minta maaf dan ada juga padam komen mereka," katanya lagi.

Dalam pada itu, Shikin memberitahu dia masih lagi mencari penawar untuk memulihkan kesan penyakit saraf Bell’s Palsy yang pernah dialami, malah telah mencuba pelbagai teknik merawat perubahan bentuk wajahnya itu.

Katanya, setiap nasihat dan saranan orang sekeliling selain mengelakkan dirinya berdepan dengan tekanan.

2452769

Cat dan Shikin harap ia jadi pengajaran buat ramai pihak.

"Siapa yang tak nak sembuh... saya pun nak juga. Saya masih ikhtiar bila orang cadang ke Ipoh saya dan suami akan ke sana.

"Saya tak boleh stres, sebab kalau saya stres muka saya akan jatuh jadi kena selalu senyum. Saya pun ada ikuti rawatan urutan muka dan lakukan akupuntur.

"Sekarang ini saraf saya sudah keras sebab sebelum ini saya lambat dapatkan rawatan. Masa saya kena itu penyakit Bell's Palsy belum terkenal macam sekarang," luahnya.

Sebelum ini Shikin mendedahkan dia menderita masalah saraf iaitu Bell's Palsy yang menyebabkan wajahnya senget sebelah sejak 13 tahun lalu.

Shikin berkata, ramai mencerca wajahnya yang senget sebelum ini dan hanya mampu berdiam diri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain