SELEPAS setahun berkenalan, pelakon Ameerul Asyraf Mohammad akhirnya sah bergelar suami kepada Nurul Nasirah Khalid dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu. Pasangan berkenaan bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Kuala Lumpur berwalikan wali hakim. Berkongsi mengenai hari bahagianya itu, Ameerul berkata dia dan isteri membuat persiapan mendirikan rumah tangga itu sejak Oktober lalu. Majlis resepsi pasangan ini berlangsung di Johor. "Alhamdullilah saya selamat bernikah pada 23 Disember lalu dengan sekali lafaz di pejabat Jawi Kuala Lumpur. "Majlis nikah kami pun dibuat secara sederhana dan dihadiri keluarga terdekat. Selepas nikah kami terus berangkat pulang ke Johor untuk persediaan majlis resepsi. "Saya mengambil keputusan untuk berkahwin sekitar Oktober lalu jadi persiapan yang ada pun sangat singkat. Saya pun tidak buat majlis besar-besar, cukup sekadar akad nikah dan majlis persandingan di pihak keluarga saya di Johor," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: "Ia kisah silam saya, kenapa selepas 4 tahun nak sebarkan video itu?" - Ameerul Asyraf ARTIKEL BERKAITAN: Teman wanita mengaku silap, padam video cumbu Ameerul Asyraf dalam kelab malam - "Kita perempuan emosi tak stabil" Dalam pada itu, pelakon drama Leftenan Zana ini turut berharap pernikahannya dengan Nasirah atau lebih mesra disapa Eyra menutup segala kontroversi yang pernah tercetus satu ketika dulu. Malah, dia berdoa perkahwinannya itu berkekalan sehingga ke akhir hayat dan mengakui sejak berniat untuk bernikah rezekinya dalam bidang lakonan mencurah-curah. "Saya berharap agar perkahwinan kami berkekalan. Sebelum ini pun ramai orang yang bercakap buruk tentang saya. Saya hanya berdiam diri kerana menganggap tidak perlu melayan mulut-mulut netizen. "Selepas saya terpalit dengan kontroversi sebelum ini, saya akui banyak tawaran job saya yang terganggu dan boleh dikatakan saya tidak dapat sebarang tawaran berlakon. Ameerul berharap pernikahannya berkekalan hingga akhir hayat. "Lagi pun apabila saya berniat sahaja untuk mendirikan rumah tangga, tawaran lakonan datang back to back. Saya juga berharap selepas kahwin masih ada tawaran berlakon untuk saya," ujarnya. Pada Februari lalu, nama Ameerul menjadi bualan hangat netizen selepas tular video cium dalam sebuah kelab. Kata Ameerul, video berkenaan merupakan rakaman lama yang dirakam sekitar tahun 2019 dan mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan aibnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!