SELEPAS dua bulan menjalani pembedahan akibat jangkitan kuman pada lutut, kesihatan pelakon dan pengacara Jaafar Onn semakin pulih selain sudah mampu menguruskan diri sendiri. Jaafar, 72, berkata, dia juga sedia kembali menerima sebarang tawaran lakonan sekiranya ada mana-mana produksi mahu mengambilnya berlakon. "Mungkin disebabkan masuk hospital sebelum ini, pihak produksi menyangka saya masih berehat tetapi Alhamdulillah keadaan saya semakin baik. Jaafar sedia kembali berlakon. "Selepas pembedahan pun saya ada terima tawaran berlakon cuma babaknya tidak banyak. Semoga Allah beri kekuatan untuk saya kembali bekerja," katanya ketika dihubungi mStar. Pada 1 Oktober lalu, Jaafar dimasukkan ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang selepas mengadu sesak nafas. ARTIKEL BERKAITAN: Jaafar Onn sudah 17 hari masuk hospital, buat pembedahan lutut dijangkiti kuman ARTIKEL BERKAITAN: Bantu usahawan buka restoran di Bukit Bintang, Jaafar Onn tak kejar duit tapi mahu tengok peniaga Melayu berjaya Doktor bagaimanapun ketika itu memaklumkan dia tidak mengalami sebarang sakit kronik namun perlu menjalani pembedahan pada bahagian lutut akibat jangkitan kuman. Tambah Jaafar pendapatannya juga sedikit terjejas disebabkan kurang menerima tawaran sejak keluar hospital. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa bertanya khabar dan menghulurkan bantuan. JAAFAR ONN PELAKON/PENGACARA "Memanglah pendapatan tidak banyak sekarang sebab sebab saya kurang bekerja. Tetapi saya tidak boleh nak bimbang dan sentiasa percaya kepada rezeki. Syukur masih boleh meneruskan kehidupan. "Kawan-kawan juga ramai membantu. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa bertanya khabar dan menghulurkan bantuan. Dalam keadaan saya sakit ini pun ramai datang ke rumah," ujarnya. Jaafar dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas. Bercakap lanjut, Jaafar juga memberitahu dia kini berhati-hati dalam pergerakan memandangkan luka pada bahagian lutut masih belum sembuh sepenuhnya. "Ada anak saudara berikan katil hospital supaya saya dapat berehat dengan selesa di rumah. Walaupun boleh bergerak, tetapi kena sentiasa berhati-hati. "Apa yang penting saya amat bersyukur kerana tiada masalah kesihatan lain. Cuma disebabkan umur semakin meningkat perlulah sentiasa jaga pergerakan dan pemakanan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!