SEBAGAI seorang selebriti yang juga terkenal dalam dunia fesyen, pelakon dan penyanyi Alvin Chong cukup bertuah apabila mendapat kerjasama dengan sebuah jenama antarabangsa untuk merakamkan video muzik lagu terbaharunya berjudul Over Again. Lebih membanggakan lagi Alvin, 32, merupakan artis Malaysia pertama menjalani rakaman di muzium jenama berkenaan yang terletak di Switzeland. "Saya di jemput melawat ke Muzium Warisan Longines dan diberi peluang untuk merakamkan muzik video di sana. Pemandangan indah Swizerland antara tarikan MV terbaharu Alvin. "Rakaman tersebut memaparkan pemandangan yang indah dan menakjubkan," katanya. Tampil dengan sebuah karya genre slow rock, kata Alvin dia mahu cuba memberi satu kelainan dalam seni muzik serta mencabar keupayaan sebagai penyanyi. Meskipun demo asal yang diberikan agak sedikit mencabar, namun hasil perbincangan dengan komposer dan penulis lirik, Alvin akui berpuas hati dengan hasil karya ini. ARTIKEL BERKAITAN: Lari daripada balada mendayu-dayu, ’Padam Dan Pergi’ tonjol sisi berbeza Imran Ajmain ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan anugerah MACP dipertikai... Reedzwann anggap rezeki tiga lagu hit, tanda karya diterima ramai "Demo asal yang diberikan agak sedikit tinggi. Jadi saya perlu turunkan key supaya bersesuaian dengan vokal. Saya harap lagu ini akan diminati pendengar. "Slow rock adalah genre baru yang saya mahu cuba. Lagu ini mempuanyai nota yang cukup meluas dari nada rendah hingga tinggi. "Saya yakin lagu ini lebih menarik apabila dipersembahkan dengan live band," ujarnya. Alvin harap lagu-lagunya dapat memberi inspirasi kepada pendengar. Lagu ini mendapat kerjasama Lew Jia Hao, Chaw Liag Xin, Jaysin Teoh Xiong Phen dan Chai Shing Di. Tambah Alvin kemunculan lagu ini juga sebagai tanda penghasilan album penuh yang kini dalam proses pembikinan. "Menulis lagu dan menyanyi sentiasa menjadi matlamat saya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai menceritakan kisah mereka. Dalam masa sama boleh melakukan apa sahaja tanpa mengikut kehendak orang lain. "Lagu ini menceritakan tentang kekesalan dalam perhubungan ekoran tindakn terburu-buru sehingga menyebabkan kedua-dua pihak tersakiti," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!