KEADAAN kesihatan penyanyi dan pelakon Isma Aliff semakin baik selepas ditidurkan susulan jangkitan kuman pada bahagian jantung dan paru-paru sebelum ini. Adik kepada aktor berkenaan iaitu Shamsidar Ismail, 57, memaklumkan abangnya itu masih lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan meskipun kesihatannya semakin beransur pulih. "Syukur setakat ini nampak keadaan dia semakin positif dan beransur pulih. Dia kini masih di hospital dan belum tahu lagi bila boleh pulang. Pelakon Shamsul Ghau Ghau (kanan) antara rakan yang sempat menziarah Isma di hospital. "Sekarang masih lagi dalam pemantauan dan doktor maklumkan dia perlu-betul stabil sebelum dibenarkan pulang," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Isma atau Muhammad Latiff Ismail, 59, dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 15 Disember lalu selepas mengadu tidak sihat. Dia kemudian ditidurkan selepas kesihatannya tiba-tiba merosot. ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Isma Aliff kritikal, ditidurkan selepas alami jangkitan pada paru-paru ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain imbau kesukaran hidup ketika PKP, kesihatan terganggu disangka masalah jantung Tambah Shamsidah, Isma reda menerima dugaan berdepan masalah kesihatan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. "Pada awalnya memang dia sedikit sedih, namun dia reda dengan ujian ini. Dalam keadaan sakit pun dia masih memikirkan ibu kami yang terlantar di rumah akibat diabetes. "Selama ini dia yang menjaga ibu tetapi dalam keadaan sekarang dia terpaksa tinggalkan ibu di rumah. Saya hanya mampu beri kata-kata semangat supaya dia lebih fikirkan diri sendiri. Isma harap doa peminat buatnya. "Saya juga sentiasa berkongsi keadaan ibu supaya dia tidak risau," ujarnya. Bercerita tentang keadaan sebelum dimasukkan ke hospital, menurut Shamsidar abangnya itu secara tiba-tiba mangadu mengalami kebas pada bahagian kaki. Penyanyi itu pada awalnya enggan menerima rawatan di hospital namun terpaksa akur selepas keadaan semakin teruk. "Ketika di rumah dia tiba-tiba mengadu pening kepala dan kebas pada bahagian kaki. Saya bawa dia ke klinik dan doktor maklumkan bacaan tekanan darah sangat tinggi. "Mulanya dia enggan ke hospital tetapi saya tetap bawa dia ke unit kecemasan untuk rawatan," ceritanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!