suria

Ebby Yus selamat jalani pembedahan pasang perentak jantung, dua bulan tak boleh buat kerja berat

Ebby tidak boleh terlalu lasak buat sementara waktu.

PELAKON dan pelawak Ebby Yus selamat menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Khamis lalu.

Berkongsi perkembangan terkini, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, memberitahu dia kini sedang berehat di rumah selepas dibenarkan pulang kira-kira dua hari lalu.

"Alhamdulillah saya sedang beransur pulih sebab baru keluar hospital, sekarang ini sedang berehat di rumah sebab dalam masa seminggu ini memang kena jaga lebih sikit.

ebby1 - 1

Ebby ambil masa untuk pulihkan diri.

"Tangan kiri tidak boleh angkat tangan terlalu tinggi... ada benda yang saya tak boleh buat lagi sekarang ini," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Ebby lagi, dia kini dijaga oleh pengurus sehinggalah keadaan kesihatannya benar-benar sudah pulih.

Kata Ebby, dia mengalami beberapa kesan selepas pembedahan antaranya kesukaran untuk tidur kerana kurang selesa dengan tubuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mahu beri bantuan... Ebby Yus bukan minta sumbangan, kos pasang perentak jantung sudah cukup

ARTIKEL BERKAITAN: Jantung Ebby Yus semakin lemah, buat pembedahan masuk bateri bulan depan

"Keluar dari wad pembedahan itu, malam memang saya tak boleh tidur.

"Walaupun bukan pembedahan yang besar tapi bila masukkan barang dalam badan kita nak serasi memang ambil masa sikit," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ebby memberitahu dia perlu berehat sekurang-kurangnya tiga bulan bagi memastikan tubuh badan pulih seperti sedia kala.

Malah, dia sudah membuat persediaan awal dengan menolak sebarang tawaran lakonan ketika ini, namun bakal kembali beraksi dalam program Sepahtu pada Januari depan.

ebby yus

Ebby tidak mahu ambil cuti panjang.

"Kalau ikut doktor sebaiknya dua atau tiga bulan (berehat) tapi selepas tiga minggu dah boleh buat kerja sikit-sikit tapi bukan yang terlalu berat.

"Banyak benda yang nak kena jaga... semua okay cuma pergerakkan sedikit terhad sebab ada wayar nak kena jaga takut tercabut.

"Saya mungkin tak boleh ketawa banyak tapi InsyaAllah boleh buat orang ketawa,"kongsinya.

Sebelum ini, Ebby memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan pemasangan perentak memandangkan keupayaan jantungnya kini hanya tinggal 26 peratus.

Malah injap pada bahagian penting itu juga bocor menyebabkan jantung bertambah lemah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain