suria

Sampai Datuk K pun dapat panggilan tanya tiket, Siti Nurhaliza sedang usaha tambah ‘seat’ konsert

Siti sedang berusaha untuk menambah bilangan kerusi bagi konsertnya.

PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang berusaha menambah tempat duduk susulan peminat meluahkan rasa kecewa tidak dapat membeli tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata, dia bersama pasukannya kini sedang berusaha sehabis baik untuk memastikan tiket konsert dapat ditambah.

"Janganlah bersedih, saya dan pasukan tengah berusaha... Tengah usaha untuk apa yang kita boleh buat untuk tambah lagi tempat duduk.

553 (8)

Konsert Siti bakal belangsung pada pada 9 Mac 2024.

"Kita cuba untuk selesaikan apa yang patut sekarang ini," katanya.

Siti memaklumkan perkara itu menerusi siaran langsung yang diadakan di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Siti mendedahkan ada pihak yang menghubungi ahli keluarga termasuk suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bagi bertanya tentang tiket.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa tak dapat beli tiket, Siti Nurhaliza tak janji tambah hari konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai dua jam, tiket konsert ’Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ sold out!

"Ramai orang telefon... Datuk K, PA, anak, adik-beradik saya. Semua minta ada lagi tak tiket.

"Kita akan cuba beri yang terbaik," ujarnya.

Sebelum ini, tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka untuk jualan pada 21 Disember lalu.

Siti sedang berusaha untuk menambah bilangan kerusi bagi konsertnya.

Siti tidak menyangka tiket konsertnya habis dijual seawal dua jam.

Siti terharu dengan sokongan peminat dan mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang membeli tiket konsert berkenaan.

Siti turut memohon maaf kepada mereka yang gagal mendapatkan tiket ke konsert tersebut dan berjanji akan menghiburkan penonton pada persembahan akan datang sekiranya diberikan rezeki.

Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain