suria

Dituduh tiada ‘job’ punca berniaga gula-gula, Achey pegang rezeki datang daripada Allah

Achey hanya positif apabila orang merendah-rendahkan perniagaannya.

PELAWAK Achey bersikap positif apabila dituduh melakukan perniagaan gula-gula disebabkan tidak lagi mempunyai sebarang tawaran dalam industri.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata, dia percaya setiap rezeki yang datang adalah daripada Allah dan tidak terletak di tangan manusia.

Jelasnya, setiap orang juga pasti akan merasai graf naik turun dalam kehidupan.

Achey 3

Achey dan Tiara ketika membuat siaran langsung menjual gula-gula.

"Aku percaya rezeki Allah.

"Hidup ini mudah. Allah dah sediakan semuanya tinggal kita je usaha. Tak rajin tak dapat. Meniaga bukan siapa lebih popular tapi meniaga ini anda kena nikmati perjalanannya.

"Graf naik turun kena rasa. Fasa ia 'meletup' orang semua bercakap dan akan kira pendapatan kita. Fasa ia menurun tak semua nak amik tahu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 18,000 Tiara Botol Candy terjual, Achey ambil pekerja sambilan... Rancang jual motosikal kembang perniagaan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil minat berniaga! Achey layan permintaan anak bisnes gula-gula, 2 jam ‘live’ jual 3,000 pek... “Yang nak membungkus ni mak bapa dia”

Achey memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagramnya pada Jumaat.

Dalam masa sama, Achey berkata, perniagaan gula-gula yang dilakukannya itu juga adalah bagi mendidik anak perempuannya, Nur Tiara menjalani kehidupan apabila dewasa.

"Lagi satu, (ia) sesuai untuk mendidik anak aku. Kita tunjukkan depan dia sentiasa betapa susahnya untuk mendapatkan imbuhan (duit) demi keperluan kita.

Achey 2

Achey dan Tiara ketika ditemui mStar.

"Pembelajaran anak tentang kehidupan adalah apa ang kita lakukan seharian. Ini supaya Tiara terdidik dengan cara. Bukan sahaja perniagaan, kehidupan, keinginan, pendidikan tapi dalam agama juga," ujarnya.

Pada 23 Ogos lalu, Achey berasa terkejut apabila perniagaan makanan ringan yang dijalankan Tiara menerima sokongan luar biasa daripada netizen.

Biarpun tidak mendapat keuntungan besar, Achey bersyukur apabila mereka berjaya menjual sebanyak 3,000 pek gula-gula dan menerima 'gift' daripada pengikut di TikTok.

Malah, ketika dihubungi mStar, Achey mengambil keputusan untuk mengupah beberapa orang pekerja sambilan bagi membantu melakukan kerja pembungkusan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain