PENYANYI dan pelakon Alif Satar terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas menunaikan solat Jumaat. Insiden itu dimaklumkan usahawan Wak Doyok di laman X (Twitter) pada Jumaat. Susulan itu, Wak Doyok meminta orang ramai supaya mendoakan kesembuhan Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33 tahun. Alif kemalangan ketika perjalanan ke rumah orang tuanya. "Marilah kita doakan sahabat saya Alif Satar. Sebentar tadi beliau kecelakaan motosikal di depan saya. Alhamdullilah semua baik-baik," katanya. Sementara itu, pengurus Alif iaitu Dina ketika dihubungi mStar memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika Alif sedang dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di Hartamas, Kuala Lumpur. Dina memberitahu Alif tidak mengalami kecederaan yang teruk dan akan melakukan ujian x-ray bagi memastikan tiada berlaku sebarang kecederaan dalaman. ARTIKEL BERKAITAN: Pakai ‘braces’ buat Alif Satar jadi lebih kacak, tak tersinggung foto lama diketawakan netizen ARTIKEL BERKAITAN: Ramai bakat baharu muncul tapi Alif Satar masih pilihan hero, risau penerimaan penonton lakon watak romantik "Isteri Alif beritahu saya yang dia jatuh biasa sahaja. Orang langgar. Dia nak pergi ke rumah ibu bapanya di Hartamas. "Dia naik motosikal. Dia okay, tiada yang serius," ujarnya. Alif dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan serius. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan supaya Alif diberikan kesembuhan dengan segera meskipun tidak mengalami kecederaan teruk. "Moga Alif baik-baik sahaja. Semoga Alif cepat sembuh. Hati-hati semua yang naik motosikal. "Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan," kata mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!