suria

Masih menanti kebenaran daftar kematian, Fahmi Fadzil bantu urusan suami Fiza Kamarudin di London

Fahmi cuba bantu urusan pengurusan jenazah Allahyarham Fiza.

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil akan membantu urusan suami dan dua anak kepada Allahyarham Fiza Kamarudin yang meninggal dunia di Hospital Charing Cross, London pada Khamis.

Fahmi berkata, suami arwah iaitu Mohd Roshdi Ramli memaklumkan ketika ini dia sedang menanti panggilan daripada pihak hospital sebelum dibenarkan mendaftar kematian isterinya.

“Saya dimaklumkan saudara Roshdi sedang menunggu panggilan daripada pihak hospital sebelum dibenarkan mendaftar kematian.

fahmi2

Fahmi cuba memudahkan urusan Allahyarham Fiza.

“Sementara menunggu, insya-Allah saya cuba membantu urusan Roshdi dan dua anaknya,” katanya.

Fahmi memaklumkan perkara itu menerusi perkongsian di Facebook miliknya.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom (UK) juga sedang membantu urusan yang berkenaan.

Pada Khamis, Fiza atau Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan dalam otak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah wartawan hiburan kritikal di London dapat perhatian Fahmi Fadzil, salur sumbangan segera

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan hiburan kritikal di London, tak sedarkan diri sebelum pulang ke Malaysia

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11.30 malam waktu Malaysia.

Fiza sebelum ini dilaporkan rebah secara tiba-tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London Selasa lalu ketika menanti penerbang pulang ke Kuala Lumpur.

Allahyarham yang turut berada di sana kemudian membawanya ke hospital berkenaan bagi menerima rawatan.

Bagaimanapun keadaan Allahyarham dilaporkan kritikal sejak dimasukkan ke hospital.

Pada Julai 2018, Fiza disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga.

Snapinsta.app_415258610_917611819728756_4058305470225486513_n_1080

Arwah Fiza bersama suaminya, Roshdi.

Allahyarham yang juga editor di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media berkunjung ke London selepas terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama suami dan dua anak mereka.

Meskipun keadaan kesihatannya kurang baik sebelum ini, keluarga memilih untuk menunaikan hajat Fiza bercuti atas permintaannya sendiri.

Fiza sekeluarga berlepas ke negara berkenaan pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember lepas.

Arwah sebelum ini pernah berkhidmat di akhbar Sinar Harian, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan portal Astro Gempak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain