suria

Senario tergamam dapat berita Hamdan ditidurkan, tiada pilihan terpaksa teruskan persembahan

Senario bimbang melihat keadaan Hamdan ditidurkan di hospital.

ANGGOTA kumpulan Senario terpaksa meneruskan persembahan di Johor Bahru pada malam Ahad walaupun tanpa kehadiran Hamdan yang ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Azlee atau Azlee Jaafar, 57, berkata, mereka semua terkejut apabila mendapat perkhabaran Hamdan ditidurkan memandangkan malam sebelumnya mereka sempat makan malam dan bertemu peminat bagi mempromosikan konsert mereka.

Jelasnya Hamdan atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 55, kelihatan ceria dan bersemangat ketika tiba di Johor selain tidak menunjukkan sebarang tanda sedang sakit.

Azlee dan Ilya ketika ditemui mStar di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu.

Azlee dan Ilya ketika ditemui mStar di hospital.

"Saya tengok dia memang ceria malah kami sempat makan malam bersama.

"Apabila pagi semalam (Ahad) saya dapat tahu dia tak sihat, saya beritahu semua bagi Hamdan rehat supaya dia boleh buat persembahan pada sebelah malam.

"Namun disebabkan Hamdan dimasukkan ke hospital dan ditidurkan, macam mana sekali pun kami harus teruskan persembahan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Cirit-birit disangka keracunan makanan, Hamdan Senario ditidurkan akibat jangkitan kuman dalam darah

ARTIKEL BERKAITAN: Hamdan Senario enggan ke hospital fikir komitmen kerja, sempat tinggal pesan sebelum ditidurkan

Senario berada di Johor Bahru bagi mengadakan persembahan di Hotel Sentral, Johor Bahru bersama semua anggota asalnya termasuk Wahid, Saiful Apek, Yasin dan Ilya.

Tambah Azlee, sebagai sahabat dia sebak mengenangkan ulang tahun ke-25 Senario tanpa kehadiran Hamdan namun menganggap ujian tersebut mempunyai hikmah tersendiri.

Saya tengok dia memang ceria malah kami sempat makan malam bersama.

AZLEE

PENYANYI

Azlee memberitahu dia tidak tahu sama ada sahabatnya itu mempunyai sebarang penyakit kerana dia sering dilihat ceria termasuk ketika membuat siaran langsung di TikTok.

"Hamdan seorang yang ceria... Setiap malam saya masuk dalam live di TikTok dia nampak sihat sahaja.

"Apa membuatkan kami susah hati sebab dia ditidurkan. Bila isterinya beritahu keadaaan Hamdan yang kritikal kami rasa sebak sebab semalam ulang tahun Senario yang ke-27, kami memang cukup akrab.

azlee2 - 1

Hamdan masih menerima rawatan di hospital.

"Tahun ini pun kami akan menjalani penggambaran filem Senario Legend tapi itulah kalau difikirkan semula setiap ujian tanda Allah sayangkan kita," jelasnya.

Pada malam Sabtu pelawak itu mengalami cirit-birit namun menganggap ia mungkin disebabkan keracunan makanan.

Bagaimanapun selepas dibawa ke hospital, doktor memberitahu Hamdan mengalami jangkitan kuman dalam darah dan perlu ditidurkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain