suria

Pemain keyboard Kembara dan Ilusi Md Shah meninggal dunia akibat komplikasi kanser kelenjar

Pemain keyboard Kembara iaitu Md Shah meninggal dunia disebabkan kanser kelenjar.

PEMAIN keyboard kumpulan Kembara dan Ilusi Md Shah meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari pada Rabu.

Nazrul memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru disebabkan komplikasi kanser kelenjar.

Md Shah atau Md Shah Othman berusia 73 tahun.

Berita tersebut disahkan oleh menantunya iaitu Nazrul Tahir.

DSC09798

Md Shah (kiri) bersama anggota kumpulan Kembara.

"Bapa mentua saya baru sahaja meninggal dunia pukul 12 tengah hari tadi," katanya.

Nazrul memberitahu arwah disahkan menghidap kanser kelenjar pada bulan lalu selepas membuat pemeriksaan rapi selepas hilang selera makan dan minum.

Bagaimanapun pada Selasa lalu, Md Shah tiba-tiba jatuh sakit sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan dan meninggal dunia pada Rabu.

"ayah baru sahaja dapat keputusan disahkan kanser tak sampai sebulan pun. Semalam dia jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia hari ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: M.Nasir & Kembara Bakal Muncul Selepas 30 Tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Kembara Masih Berbisa Dalam 'Konsert Hati Emas Kembara'

Sementara itu, Nazrul memaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Bendahara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Danga, Johor Bahru selepas solat Asar.

Untuk rekod, Md Shah merupakan pemain keyboard bagi kumpulan popular era 90-an iaitu Kembara dan Ilusi.

Kali terakhir arwah membuat persembahan iaitu menerusi Konsert Kembara Panaroma Jingga: 1444 Hijrah di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 31 Julai 2022.

Kumpulan Kembara terdiri daripada Datuk M Nasir selaku vokalis, Zoul (gitar, penyanyi), Rahman Suri (bass) dan Shahrum Basiron (dram).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain