PELAKON Puteri Sarah mendedahkan diperdaya seorang individu bergelar pegawai pemasaran susulan cuba mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan diperoleh perniagaannya. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 40, berkata, individu berkenaan juga mengambil wang sebanyak RM26,000 sebagai gajinya tanpa melaluinya terlebih dahulu. Jelasnya, dia mengupah individu tersebut sejak Oktober lalu bagi menjalankan pemasaran produknya namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard ditetapkan. Siaran langsung yang dilakukan oleh Puteri Sarah pada Selasa. "Saya tak berapa nampak apa yang dia buat sebenarnya. Kemudian dia caj saya sebanyak 45 peratus daripada keuntungan untuk pemasaran. "Dia juga ada pegang wang tunai dekat satu acara lain sebelum terus ambil RM26,000 tanpa masuk ke dalam akaun terlebih dahulu. Dia kata itu gaji dia," katanya. Puteri Sarah mendedahkan perkara itu dalam satu siaran langsung yang dimuat naik semula di TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Cantik berseri Puteri Sarah dalam persalinan putih, peminat sangka sudah bertunang... Rupanya ‘pinangan’ wajah produk kesihatan ARTIKEL BERKAITAN: Isu suami kahwin dua... Puteri Sarah minta jangan dengar hasutan, buat keputusan untuk diri sendiri dan anak-anak Dalam pada itu, Puteri Sarah turut tidak berpuas hati apabila tugas dijanjikan untuk mencari ejen dan stokis bagi produknya gagal dilaksanakan sebaliknya diserahkan kepada pekerjanya. Tidak hanya itu, individu terbabit pernah menyatakan hasrat menjadi rakan perniagaan namun enggan mengeluarkan sebarang modal. "Dia nak jadi partner tapi tak keluar modal. Kalau nak jadi rakan perniagaan, kena bagi duit," jelasnya. Sarah merupakan seorang usahawan produk penjagaan wajah dan tudung. Sementara itu, Puteri Sarah memberi ruang terhadap individu berkenaan memulangkan semula wang diambil daripada. Sekiranya gagal, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut. "Kalau saya tak dapat balik duit saya, memang saya nak buat laporan polis. saya tak kisah nak ambil 45 peratus ke apa, saya dah reda tapi yang salah kira gaji apa semua itu, saya harap dapat duit saya kembali," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!