suria

“Selipar licin, bukan berat” - Sampai tergolek tarik Janna atas salji, peminat puji cara Dini layan isteri

Dini gigih tarik Janna dengan papan luncur.

ROMANTIK betul pasangan dua sejoli Janna Nick dan Dini Schatzmann ketika menjalani penggambaran program Romantika di India.

Pelbagai aktiviti dilakukan sebagai pasangan suami isteri sepanjang berada di Delhi, Kashmir dan Agra sehingga membuatkan ramai meluahkan rasa cemburu melihat kemesraan mereka.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, netizen terhibur melihat gelagat Dini yang dilihat cuba menjaga hati isterinya ketika dia menarik aktres itu dengan papan luncur.

janna 2

Janna dan Dini dilihat gembira semasa bermain papan luncur.

Mana tidaknya, Dini seakan tidak larat menarik Janna yang duduk dalam sebuah bekas berwarna kuning namun demi menjaga hati isteri tersayang dia memberi alasan tapak kasut licin membuatkan dia tidak mampu bergerak pantas.

"Baby kenapa perlahan sangat? Saya berat ke? Kalau awak kata saya gemuk, tak nak kawan awak lagi," kata Janna.

"Sayang selipar saya licin, bukan berat," ujar Dini pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak ‘naik kaki’, Sheila Mambo mohon jangan marah Janna Nick... “Dia minta maaf, tak rancang buat begini”

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick ada pesan buat Baby Shima, mahu cipta kontroversi jangan guna isu sensitif

Malah Dini juga tergolek jatuh semasa cuba menarik Janna di atas salji sehingga membuatkan aktres kelihatan bimbang dengan keadaan suaminya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen tumpang bahagia melihat cara Dini melayani isterinya.

Mereka juga menganggap Dini seorang suami yang baik kerana sentiasa ingin menjaga hati Janna.

415163758_18409801045049634_3876274929485633228_n

Peminat anggap Dini mampu menjaga Janna dengan baik.

"Suami dia pandai layan dia... macam puteri sangat Dini layan Janna.

"Dini saja pandai kawal mood Janna, mana-mana perempuan suka dapat layanan macam ini.

"Dia orang yang gembira aku pula yang tersenyum-senyum, sayang betul Dini dekat Janna ya," antara komen netizen.

Untuk rekod, Janna dan Dini Azan Schatzmann, 30, melangsungkan perkahwinan pada 10 Jun 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain