suria

Faizal Hussein tak pernah pergi gim, angkat dumbbell 150 kali sehari rahsia jaga kesihatan

Faizal hanya bersenam menggunakan dumbbell.

KEHEBATAN seorang Faizal Hussein memang tidak dapat disangkal menerusi persembahan lakonan dalam drama mahupun filem walaupun usianya sudah mencecah 57 tahun.

Pada umurnya sekarang, Faizal tetap menjadi pilihan produksi menjayakan naskhah genre aksi sehingga ramai tertanya-tanya amalan kekal bertenaga dan awet muda.

Tiada sebarang rahsia tertentu, Faizal memberitahu dia tidak pernah menyertai mana-mana pusat kecergasan atau amalan diet sebagai persediaan sebelum memasuki set penggambaran.

Faizal 2

Faizal sentiasa komited terhadap watak yang diberikan.

Sebaliknya, sejak dahulu Faizal hanya mengamalkan satu jenis senaman iaitu mengangkat dumbbell sebanyak 150 ke 300 kali bagi satu set setiap hari.

Tidak hanya itu, Faizal juga akan mengambil protein penambah berat jika ada tawaran berlakon filem genre aksi.

"Kalau sesuatu projek diterima ada banyak babak aksi seperti berlawan dan berlari biasanya saya akan bersenam bagi memastikan stamina terjaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman berlakon sejak umur 5 tahun, Faizal Hussein terima bayaran tinggi melebihi ‘hero top’ sekarang ini

ARTIKEL BERKAITAN: Projek OTT bayaran paling tinggi pernah diterima, Faizal Hussein rela tolak berlakon filem

"Saya tak pernah ke gim tapi ada satu dumbbell di rumah yang saya angkat beratus kali setiap hari. Tengok pada keadaan, saya boleh buat sampai 300 kali," katanya kepada mStar.

Faizal berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana episod akhir W: Two Worlds di Kuala Lumpur pada Rabu.

Saya tak pernah ke gim tapi ada satu dumbbell di rumah yang saya angkat beratus kali setiap hari.

FAIZAL HUSSEIN

PELAKON

Bercerita mengenai lakonannya dalam drama tersebut, Faizal puas dan seronok kerana sudah lama mengidam membawa dua watak iaitu Omar Yusof dan pembunuh tanpa wajah.

"Dalam siri ini saya bawa dua watak, satu sebagai seorang bapa yang lemah dan watak pembunuh. Ia memang yang saya idamkan.

"Saya tidak rasa sukar sebab saya sudah buat aksi lebih membahayakan sebelum ini. Apa yang ada dalam cerita ini 'kacang'," ujarnya.

Faizal 1

Barisan pelakon W: Two Worlds bersama pengarah, Datuk Yusry.

W: Two Worlds merupakan sebuah drama adaptasi daripada Korea Selatan menampilkan kisah romantik merentasi dimensi, berbeza ruang antara realiti dan maya.

Drama tersebut menampilkan pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisya, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

W: Two Worlds versi Malaysia ini ditayangkan secara ekslusif di platform Viu Malaysia sejak 30 November setiap Khamis pukul 12 tengah hari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain