PELAKON Datin Almy Nadia memaklumkan empat anaknya dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami muntah dan cirit birit berlarutan kerana dijangkiti Rotavirus. Almy atau Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 38, berkata anak bongsunya iaitu Nur Afrina Aisyah pada awalnya mengalami muntah dan cirit selama empat hari. Diikuti anaknya Nur Afrina Ayra sehingga dia membuat keputusan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera pada petang Jumaat, sebelum dua anaknya yang lain iaitu Nur Afrina Aurora serta Nur Afrina Arianna. Anak-anak Fizz dan Almy sedang terima rawatan di hospital. "Alhamdulillah anak-anak semakin baik selepas dapat pemantauan doktor. "Mula-mula Aisyah dan Ayra kemudian diikuti dengan Aurora dan petang tadi Arianna," katanya ketika dihubungi mStar. Sebelum ini, Almy berkongsi di Instagram keadaan anak-anaknya yang terbaring di katil selepas dijangkiti Rotavirus. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kota janji terhadap Almy Nadia nombor satu, bentuk badan bukan isu buat Fizz Fairuz ARTIKEL BERKAITAN: Almy Nadia jalani pembedahan buang cyst, doktor sahkan hamil luar rahim Dia yang baharu pulang dari mengejarkan umrah memberitahu semuanya berada dalam keadaan baik sepanjang berada di Tanah Suci Makkah malah tidak dapat pastikan punca jangkitan berkenaan. Kata Almy dia dan suami iaitu Datuk Fizz Fairuz dalam keadaan baik dan tidak dijangkiti dengan virus berkenaan. Almy tak pasti punca jangkitan daripada mana. "Saya pun tak tahu dijangkiti dari mana cuma tahu tiba-tiba tak sihat dan satu persatu kena dapatkan rawatan. "Dekat sana (Makkah) Allah permudahkan, sepanjang dua minggu tiada apa-apa pun... tak ada sakit apa semua. “Dah balik Malaysia dua tiga hari baru yang keempat itu mula tak sihat," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!