suria

Hasrat Tok Ram sambut hari jadi Alyah terbantut, tiba-tiba diserang vertigo di Singapura

Tok Ram diserang vertigo semasa pulang ke Singapura.

PERANCANGAN Datuk Ramli MS menyambut ulang tahun kelahiran isterinya di Singapura terbantut apabila pengarah muzik terkenal itu terpaksa dikejarkan ke hospital sejurus sampai di negara berkenaan pada 2 Januari lalu.

Isterinya yang juga penyanyi Datin Alyah, 43, memberitahu Ramli dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng di Singapura selepas diserang penyakit vertigo.

Cerita Alyah, Ramli atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ram, 66, mengadu mengalami pusing kepala semasa mengangkat beg ke dalam teksi.

tok ram 3

Tok Ram dihantar ke kecemasan semasa tiba di Singapura.

"Tok Ram rancang nak balik Singapura 2 hari bulan malam sebab nak sambut ulang tahun kelahiran saya di sana. Kita merancang tapi Allah SWT menentukan.

"Tok Ram kena vertigo semasa nak cari teksi masa nak angkat beg, Tok Ram beritahu kepalanya berpusing sebelum dia tunggu di dalam kereta sementara saya masukkan semua barang dalam teksi," katanya.

Alyah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu yang turut memaparkan keadaan Tok Ram semasa di hantar ke unit kecemasan hospital tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati dengan Ramli MS, Alyah pula jadi sasaran peminat fanatik ASGV - “Tolong jangan babitkan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Ram syukur sempat tengok anak perempuan naik pelamin, janji tak ganggu rumah tangga - “Biarlah dia dengan kehidupan baharu”

Menerusi hantaran sama, Alyah turut berkongsi gelagat Tok Ram yang tidur restoran milik adiknya kerana mengantuk selepas menelan ubat.

Alyah memberitahu suaminya sendiri meminta dihantar ke hospital dengan segera kerana tidak sanggup menanggung kesakitan.

Kata Alyah, Tok Ram kerap mengalami vertigo sejak kebelakangan ini malah sudah melakukan pemeriksaan rapi.

tok ram1

Tok Ram mengadu dirinya disuntik semasa bertemu doktor.

Alyah juga turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih terhadap seorang wanita dikenali sebagai Nomah yang membantu mereka sehingga selesai urusan di hospital.

"Selepas (tiba) di Woodlands, Tok Ram kata tolong hantar di ke hospital. Alhamdulillah Allah SWT hadirkan orang baik bantu kami masa ini.

"Kak Nomah terus masuk hospital dan ke bahagian kecemasan. Saya tunggu Tok Ram dari pukul 3 pagi sampai pukul 6 pagi dan ditemani Kak Nomah," ceritanya.

Dalam perkembangan lain, Alyah memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej ucapan ulang tahunnya yang jatuh pada 3 Januari lalu kerana sibuk menguruskan suami.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain